Followers


glitter-graphics.com
Showing posts with label umi aiz. Show all posts
Showing posts with label umi aiz. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

34weeks baby breech / songsang and try buat ECV (( External Cephalic Version)

Selamat pagi mommies !!!! time tengah menaip ni aku masih aktif berkerja dengan bawa baby lam perut ni with 37weeks 3days... hihihi..tapi perut tak besar mana pun, kecik je. sebab tu masih larat jalan pagi2 dari LRT Jamek ke Bukit Aman ni. Hopefully semua okey sampai aku selamat melahirkan. doa-doa kan lah ye :-)


Aku nak share sikit, masa kandungan 34 minggu, scan baby dalam keadaan songsang. kepala kat atas and kaki and punggung kat bawah. sepatutnya baby dah arah kebawah kepalanya start 28-32 minggu and akan kekal until lahir. Masa aku check up 28w tu memang dah ke bawahlah , lepas tu baby suke pulak pusing-pusingkan. sampai masa scan tu. So doctor decide tengok dalam masa 2 minggu lagi tengok dia nak pusing sendiri tak. Tunggu punya tunggu, dengan aku cuba beberapa tips biar dia pusing bawah tak berjaya juga, scan time 36w dia still kepala kat tulang rusuk kanan. So doctor suruh aku buat pilihan untuk cuba proses ECV atau pilih operate je untuk bersalin. Bila bincang2 doc cakap baby aku kecik, and agak senang nak pusingkan dia dan harapan dalam70% macam tu. Risiko? adalah macam kalau tali pusat terbelit, baby lemas and etc. Tapi jangan risau coz die kan pantau dengan scan. So setiap kali dia pusing dia akan scan every minutes. Kalau baby lemas dia akan emergency operate je, baby pun dah matangkan 9bulan. So dengan cofindent nye aku pilih lah ECV ni.

Bila Doc Raihan tu mintak tarikh untuk minggu depan nya, pakar atasan tak bagi, dia suruh buat esoknya jugak. Pendek kan cerita, datanglah aku menyerah diri pada 16.4.2014 tu, padahal semalam habis research dah fasal ECV. Ada yang cakap HOKEYYYY sangat, ada yang cakap sakit sampai tak nak buat dah. Tapi aku cubalah jugakkan. Masa sampai tengah ada patien lain tengah buat. Lepas sejam baru dia keluar dengan muka yang tenang seperti tak de apa2. Aku dapat semangat kat situ sikit. oh ye, kita di wajibkan berpuasa dari 2pagi malam sebelum nya tu, nanti muntah plak kan bila perut tu ditekan2...

Mulanya, Nurse pasang mesin CTG tu kat perut untuk cek jantung baby okey tak dalam 20minit gitu...then masuklah 2 orang doc pakar perempuan. Doc Raihan and sorang kawan dia ni, sebelum dia pusingkan baby, dia cucuk kan tangan aku untuk masukkan ubat. Ada 2 jenis ubat, 1 untuk kurangkan rasa sakit katenya. dan lagi 1 aku tak pasti fungsi ubat tu tapi doc cakap jantung aku akan debar2 lepas 5minit. Motif???? tah le....

Lepas tu dia tepek kan gel, ala gel yang guna time scan tu. lepas dia rasalah kepala baby kat mana and cuba pusingkan ke bawah. Pusing sikit scan sikit.. pusing lagi scan lagi.. lebih kurang 10minit macam tu dia cuba pusingkan. Sakit tak????????????? tidaklah sesakit yang aku bayangkan tu. sakit macam kena urut tu kan? tak delah sampai badan mengigil macam aku baca kat blog tu. Proses dia macam urut biasa tu, tangan doc akan pegang kepala and kaki die bagi pusing. Then die scan, YEAAAHHHHHH berjaya!!!! dengan gembira doc tu jerit.. kecoh jugaklah kan aku tengok 2 sekawan tu. Time die scan tu, die tunjuklah kat aku mana kepala, kaki semua. and Alhamdulillah baby dah berada kat kedudukan sepatutnya...



Lebih kurang macam nila, then pasang CTG balik tengok jantung baby okey tak.. lebih kurang setengah jam macam tu sebab graf tak cantik baby tido. hihi aku rasa baby lapar kot sebab dari malam tadi dah puasa, sarapan pagi tak de and time tu dah pukul 1 tgh hari..emmmm lepas doc dah puas hati dibenarkan balik and akan jumpa balik seminggu untuk tengok baby duk diam kat bawah atau degil jugak nak duk atas. On that time baru boleh tahu bersalin normal atau czer.

So selasa 22.4.2014 opp aku dengan doc, bila doc pegang tengok yeaahhh kepala baby kat bawah dah and sudah engaged pun. kira dah masuk laluan and sedia tuk lahir... HOreeeyyyyyyy. So proses ECV aku BERJAYA !!!


Okey, komen aku pasal proses ECV ni, sangat di sarankan buat bagi yang tiada masalah. Doc tak kan suggest kalau ada risiko kat kita. dia akan tengok saiz baby and keadaan ibu sendiri. So kita boleh dah bersalin normal...itu pendapat aku lah okey.. emm tak de sakit pun !!!

Monday, March 17, 2014

Result Ujian MGTT at Day Care HUKM

Happy Monday korang !!! hari ni tak monday blues sangat.. semangat je.. kenapa tah ! hihi mood okey pun nak komplen jugak aku ni kan?

untuk ambil result ni, kena pergi bahagian DAY CARE HUKM (4/3/2014) ... kira bukan doctor biasa kita check up tu lah..okey result ujian MGTT / minum air gula aku HOKEEEYYYY sangat.. kira tak ada penyakit kencing manis waktu hamil ni. Alhamdulillah..aku tak tahu berapa bacaan dia, tapi as long doktor cakap okey sudahlah kan...tapi result darah pulak yang tak okey. makin turun jadinya hb darah aku. kalau sebelum ni 9.3 la ni turun jadi 8.5 pulak... hameeekkkk kau !!

Patutlah aku cepat rasa pitam and penat, darah cair rupanya. doktor syak aku ade sakit TALASEMIA, ikutkan family tak de penyakit tu. so doktor suruh aku makan ubat IBERET FOLIC / tambah darah / zat besi .. sebab bahaya katanya kalau darah rendah ni, takot effect kat baby. macam2 boleh jadi. Korang boleh google lah ek pasal effect dia tu... Cuma yang aku tak suka masa doktor tu terangkan, cara dia macam aku ni dah tahap risiko.. siap cakap kena masuk darahlah sebelum bersalin kalau lepas 2 minggu hb tak naik... cehhh....

Dapatlah aku ubat ni....

bapak punya besar ubat ni
 
 
Doktor bekalkan untuk sebulan, tapi 2 minggu datang balik tengok ada kenaikan ke x. Esok 18/3/2014 aku kena ke Day Care lagi nak tengok result darah pulak..huhuhu.. risau wehhh.. tapi rasanya sangat berkesan dah and ada perubahan. Bila kita makan ubat ni secara kosisten, serta merta bila kita  buang air kecing akan jadi warna kekuningan yang agak pekat dan kalau buang air besar pulak, najis tu jadi warna hitam pekat..Opsss sori kalau aku tulis jujur sangat..So aku ada tanda semua tu, tak risau sangat dah. cuma kadang adalah makan kerang, sayur bayam, jambu batu tanpa asam untuk pekatkan lagi darah ni kan.. tetap usaha yang terbaik biar baby umi ni sihat...
 
 
Okey doakan result aku baik-baik saja ek esok... nanti aku story lagi.
 
 
****tips makan ubat ni 2 jam SELEPAS makan malam, kira makanan dah hadam baru makan, baru berkesan. and kita tak delah rasa pening / pitam / loya.. Kebanyakan orang ambil SEBELUM makan, waktu subuh macam tu, dan mesti akan muntah dan rasa nak pitam. Alhamdulillah aku dipermudahkan walaupun sebenarnya aku x reti telan ubat pil ni ****


Thursday, March 13, 2014

Minum air gula a.k.a ujian MGTT

Okey, macam yang aku cakapkan dalam entry sebelum ni, aku kena minum air gula untuk tahu ade ke tak penyakit manis bagi ibu mengandung. berat badan aku tak delah naik mendadak sangat sampai deorang suruh aku buat ujian ni. ini disebabkan aku mention yang mak aku ada penyakit tu. so secara tak langsung kalau family yang ada kencing manis, ibu mengandung memang kena buat ujian ni.
 
 
ujian ni aku buat pada 28 / 2 lepas. hari jumaat, so start malam khamis aku dah disuruh puasa start jam 12 tgh malam. dekat borang tu akan ada arahan apa yang perlu korang buat. so pagi jumaat tu aku datang awal sikit. sebab nurse dari makmal C HUKM tu cakap darah tak kan diambil selepas jam 9 pagi... around pukul 8 aku dah ada kat pintu klinik O&G tu, pintu pun belum buka lagi hokeyyy.. tapi ramai jugaklah yang beraturkan. So perasaan nebess aku tu berkuranglah jugak, ingat aku sorang je kena minum.. nasib ramai.. hihihi..
 
 
bilik sampai je kat makmal c tu, nama akan dipanggil ikut susunan borang yang kita letak tu, aku adalah orang ke 7 or 8 macam tulah. xdelah lama sangat... masa tengah tunggu nama dipanggil, sempat jugalah aku curi pandang akak-akak yang minum air gula tu, minum dalam bilik tu jugak, dan akan diperhatikan oleh nurse atau pelatih kat situ.. xdan nak ngelat aku cakap. Nasiblah aku tengok gelas yang diguna kecik je, ala macam cawan jagung kita beli kat pasar malam tu. muka akak-akak yang minum dulu dari aku tu, macam2 pesyen..ade yg cool je, sekali teguk..ade tu senget benget menahan kemanisan and rasa mual...ohhh aku mula cuak kembali...
contoh okey..jangan hengat ade jagung pulak die bagi..
kecik je kan?? i likeeee

bila tiba giliran aku, darah pertama / darah orang berpuasa lah senang cite, diambil di lengan kanan, dalam 3 tabung uji kecik jugaklah deorang ambil sampel. lepas tu nurse terus suruh minum air gula, dah habis sila tunjuk cawan kosong tu dekat dia ye sebelum buang...


okey, cam nilah kaler air gula aku...
 

okey, harapan aku air gula tu berperisa oren or blackcurrent ke kan, tapi hampeh... air gula pior ko... semata gula putih cam tu je.. okey dengan muka buat-buat selamber aku amek secawan dan duduk kat satu sudut khas.. Bissmisllah.... rasa sikit dulu, eh macam okey je??? lama-lama telah lah seteguk dua..3 dan empat...kemualan sudah sampai ke tekak.. last aku habiskan je terus and tunjuk kat nurse tu..dia bagi kertas nanti 1025 datang sini balik ye. coz aku habis minum air gula tu 825. 2 jam lepas tu kena datang amek darah balik tanpa makan dan minum ye. air kosong je dibenarkan. kena bawa air mineral sendiri. deorang memang tak sediakan...........

Apa aku buat 2jam menunggu tu? mula cadangnya nak baringkan surau, tapi bila tengah syok baring deorang nak vakum and bersihkan pulak.. last2 aku buka buku Pa&Ma baca je kat kerusi.. serius rasa pening dan  nak pitam tu ada bila kita berjalan.. thats y aku decide duduk je.. minum air kosong banyak biar rasa manis+pahit gula tu hilang kat tekak...

tepat 1025 aku datang balik kat makmal c tu, letak kertas yang dia bagi tadi, tunggu nama panggil untuk amek darah kali kedua pulak. darah lepas kita minum air gula... lepas tu dah boleh balik, coz result dia kalau HUKM ni dia akan bagi 3,4 hari lepas tu. so dia bagi aku tarikh 4/3 hari selasa depan untuk tahu result. kalau pegi kk dia akan col je rasanya..so aku mintaklah timeslip dan masuk opis je lepas tu.... nak tahu apa result aku?????????? tunggu next entry...

*lain diharap lain yang dapat*

*lain klinik lain cawan, ade kawan opis pakai mug kaca besar tu, ade pakai cawan kertas yang panjang tu.. syukur aku kecikkk je*

 
 
 
 
 


Monday, January 27, 2014

25 Minggu perutku masih kecil

Salam readers,

Alhamdulillah aku sekarang sudah 25minggu mengandung. kira 6 bulan seminggu. tapi perut masih comel gitu... ramai cakap sebab aku kurus. tapi risau jugakkan, kalau baby kecik sangat pun bahaya. last week pergi check up dia cakap berat baby 600gram. sesuai dengan berat dan usia kandungan aku. betul ke?? entah lah.. risau sangat. biarlah baby 2kg ke atas. macam abang die dulu 2.84kg....

Alhamdulillah bila scan tu doc cakap kemungkinan baby girl !!! yeahhhhhhh.. dapat sepasang. Abang aiz pun siap lancar tau nama adik gegirl die ni..moga abang boleh tolong umi jaga adik nantikan. baby sekarang aktif juga bergerak dan menendang. selalunya die akan bergerak bila tak dengar suara abang aiz. kalau aiz tido ke, dia tendang-tendang, may be cari suara abang dia. adik kesayangan abang la ni kot nantikan...hihihi insyallah...

macam mana nak naikkan berat badan ye??/ + berat baby sekali. selera makan aku normal je, tidak macam ibu ibu ngandung lain yang ingin makan macam-macam. aku makan obimin yang doktor bekalkan.. tapi selera tetap biasa. oh risau sungguh !! kalau sape-sape ade tips share la ngan aku k..


p/s : esok aku akan pergi daftar ke HUKM untuk booking/ sambung check up di situ memandangkan aku akan bersalin di HUKM. nebes !!! kihkihkih...

Monday, December 30, 2013

abang polis yang baik hati !!!

tajuk nak hottt jew, al-kisah nya macam ni,
pagi tadi masa umi on the way nak ke opis,
dari lrt masjid jamek ke opis atas bukit yang sangat aman tu,
umi jalan iku laluan yang samalah sejak 3 tahun yang lepas,
bila sampai kat trafik lite daya bumi / depan rumah wilayah tu..
dari jauh umi nampak sekumpulan manusia dah lepas melintas,
so maknanya, umi kena tunggulah next punya lampu hijau kan...

tapi ngam-ngam je umi sampai kat tiang lampu 3 kaler tu,
abang polis tu tiup wisel, and tanya umi dengan isyarat tangan,
mengandung ke???????
umi dengan malu nya, iyekanlah...
die pun suh picit button kat tiang tu biar lampu tu hijau
untuk pejalan kaki...
kihkihkih.....baik abang polis tu..
kalau yang lain tu, dirilah kat situ lelame,
15minit or lampu tu dah 3 kali hijau pun dia x bagi jalan jugak...
kadang hujan lebat pun die wat xtau je..
tapi hari ni, alhamdulillah rezeki baby dapat polis yang
agak prihatin and bertanggungjawab kan?????


hihihi tu je cite benonye....
excitedlahkan coz first time kita diutamakan selama hampir 4 tahun
keje kat situ...ni baru betul dengan slogan 'utamakan pejalan kaki' tu....

hihi moga abang polis tu, akan menjadi pekerja yang lebih
bertanggungjawab dan mesra rakyat !!!

Monday, December 23, 2013

Alhamdulillah.. 20 minggu / 5 bulan



:: Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ::

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ...

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Friday, October 18, 2013

Seronok ke mengandung ????

Salam bloggie ku, hye sejak 2nd preggy ni asyik cerita fasal ngandung or baby je umi ni kan??? habis nak cerita apa lagi ye tak? kalau ada masa terluang kat opis pun umi akan google fasal preggy and baby...excited lah jugak kan... ngeh ngeh ngeh...okey berbalik pada tajuk kat atas tu....
 
 
Gila tak seronok ????
 
Siapa lah yang tak suka baby kan? aku akui kali ni terlebih excited sebab aiz pun hari-hari sibuk tanya baby tengah buat apa tu. kalau masa preggy aiz dulu, papa sorang je yang rajin borak dengan baby and dengar kat perut umi, tapi sekarang aiz lagi rajin, kejap-kejap die suruh umi baring. nak borak dengan baby katanya. walaupun baby kecik lagi, tapi seronok aiz excited macam tu. abang yang penyanyang and sangat rajin tolong umi sekarang. nak tau apa die cakap bila dengar kat perut umi???
 
Baby tu asyik minum air je umi.....
 
 
kihkihkihkih...padahal perut umi yang bunyi kan.. tapi seronok die cakap macam tu, sebab die macam tak sabar nak jumpa baby kan, sekarang tak boleh dah cakap die manje macam baby ke, atau panggil die baby aiz, mesti die marah, die suruh panggil ABANG !!! hihi.. Abang Aiz...bila dah jadi abang ni rajin dia tersangatlah kan.. alahan umi kali ni sangat teruk. makan je muntah, jalan je pening. selalunya bila balik rumah aiz lah yang rajin urut kepala umi.. walaupun die ala-ala pegang je dahi tu kan, tapi beban tu macam hilang... sungguh bahagia saat itu.. banyak perkara yang aiz buat sampai umi terharu.. and sangat manja dengan umi sekarang. biasalah nak jadi abang ni kan...
 
Papa pulak rajin jugak ke dapur, umi tak de alahan pun bau-bau ke hape, cuma tak boleh diri lama nak masak. tu je.. so awal-awal bulan ni papalah menjadi penghuni setia dapur tu.  selera makan umi agak kurang, berat pun makin kurang, sangat kuwus sekarang hokey. sodeh den !! tapi bila dah nak habis 3 bulan pertama ni insyallah selera umi akan naik balik. doa kan ye?? bila tahu due date 2nd baby ni :
 
12 / 5 / 2014
 
Papa terus cakap 'anak papalah ni' .. terus umi senyum..yelah tahu papa pun gembira dengan cahaya mata yang akan tiba ni, Insyallah.. sebab besday papa pun bulan 5.  25/5/1983 So baby ni akan manje dengan papa die lah kot ek?? hihi..kalau dulu umi gembira sebab aiz lahir bulan Januari sama dengan bulan kelahiran umi..sekarang giliran papa pulak..Sungguh besar kuasa Tuhan atas nikmat yang kebahagian yang diberikan kepada kami sekeluarga ni. Semoga anak ini membesar dengan sihat dan sempurna dalam perut umi.
 
 
Keluarga umi and papa pun turut tumpang seronok dengan berita ni, makanan kesukaan umi akan terhidang kalau balik kampung, itu lah untung nya orang mengandung ni.. mintaklah makan apa je, mesti dapat.. tak seronok lagi ke macam tu???  hihihi... oklah dah panjang rasanya umi bebel kat sini. nanti ada masa umi cerita lagi ye. Selamat berhujung minggu semua...
 
 
Penyeri entry kali ni




Thursday, October 17, 2013

10 fakta mengenai bayi

 
Alhamdulillah sekarang umi dah hamil 10 minggu/ 2 bulan lebih...
 
1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.



2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.



3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.



4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.



5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.



6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.



7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.



8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.



9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagai reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.



10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.



Doa Ibu Mengandung

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Aminn..

Friday, September 27, 2013

sebab x update blog :-(

Holla !!!
Sowi lambat up date blog,
janji je lebih aku ni kan?
macam-macam post aku hutang rasanya,
cerita langkawi yang tak habis lagi,
padahal hujung bulan 11 nak pegi lagi ni.
hihihi
 
 
So kalau korang perasan,
kat bawah header blog aku tu,
ade aku tambah stiker pregnant !!!
YUP, Alhamdulillah aku mengandung
anak kedua, baru je 7 minggu gitu,
awal sangat kan, nak cite pun
so disebabkan itulah aku tak dan
nak up date ni,
sebab alahan kali ni agak teruk,
asyik mc je seminggu dua ni,
kadang sehari je dalam seminggu aku datang keje,
 
 
Kalau time Aiz dulu, pagi je muntah.
tapi kali ni sehari suntuk,
kadang dah siap nak p keje tapi terpaksa pusing balik
sebab macam nak pitam...
 
So aku kena banyak rehat,
doktor cakap sebab baby memang tengah
kuat nak berkembang sekarang,
 
So itulah sebabnya,
so korang doakan aku ye...
semoga dapat mengharunginya...
mesti kuat..rite?
 
and aiz pun dah suka pasal baby,
kalau dulu sikit pun die x heran,
tapi sekarang die dah gelar diri dia,
abang aiz !!!!
hihihihi...
 
so sweet sayang...


Thursday, August 29, 2013

Mem-bujang ke L.A.N.G.K.A.W.I PaRt ThReE (Island Hopping)

Holla !!!
kembali kita ke Langkawi,
huhuhuhu..panjanglan cite aku fasal langkawi ni,
pergi nya 2hari 1malam je,
tapi ceritanya ber part-part bagai kan..
who care???
hihihihi..
aku suke tulis part sebab senang nak cerita details kan..
 
okey moh ikut aku p island hopping,
ada 3 pulau yang kami pergi,
Pulau Beras Basah, Pulau Helang & Tasik Dayang Bunting
di ingatkan kembali, kami masih dihari pertama masa ni,
kira pagi tu jejak kaki 930 pagi ke jeti dan 2.30 ptg kami
amek pakej island hopping ni..
pakej ni kami pilih dengan En.Hanan jugak.
dia ade link/ kawan lah yang buat pakej ni..
seorang Rm30.. pergi 3 pulau ni selama 4jam...
 
okey jom naik bot,
 
 ni jeti nak ke pulau-pulau tu,
bukanlah naik bot mewah kat belakang tu,
yang belakang tu Awana Poto malai agaknya,
pandai je aku...
 
 posing itu perlu okey...
 
 mahu berangkat sudah....
sepesen kan? I LOVE LANGKAWI
 
 kami duduk depan, sebab bahagian dalam
1 family cina dah duduk, deorang ramai...
seronok weh duk depan...
tapi
 
 angin kuat kan, melayang layang topi ni,
kena pegang jela...
syokkkkkkk...
tapi sakit bo***
hihihihihi...
 
ha amek senget benget tudung...
 
setelah berhempas pulas duduk kat depan tu,
siap menjerit bagai,
bila ombak kuat tu,
kami pun sampai ke destinasi pertama,
Pantai Beras Basah
 
 Canteeekkkk sangat wehhh..
tengoklah laut die...
nak pergi lagi nak pergi lagi...
tak kira nak pergi jugak...
 
 kenangan itu penting...
 
lepas posing ni, kami mem-basahkan diri,
rasa pasir pantai die sangat lembut and
masa mula langkah nak ke gigi air tu,
rasa macam pijak beras..
 
 Kak Lia yang happy sokmo
 
Nita control ayu...
 

Kak Fiza yang sentiasa ceria & cantik...
 
kami lepak sini dalam 40minit macam tu,
dapatlah mandi manda bagaikan...
lepas tu kami ke destinasi ke dua,
 
Pulau Helang
 

 kat sini, kita akan duduk atas bot je,
dia berhenti kawasan yang banyak helang terbang


agak bosan jugaklah kan,
nak pulak kami dapat abang yang bawa bot tu
sangatlah pendiam,
tak mesra alam langsung,
tak de cerita hape pun...
 
tak lama pun kat sini, adalah 10minit kot..
lepas tu kami ke
 
Tasik Dayang Bunting
 

 ha nampak bentuk die??
dr kanan tu kepala, dada and perut/org mengandung
Dayang Bunting...

 zoom skit...

 ...

 nak ke tasik mesti panjat tangga ni..
memula naik pastu turun plak

 ni tasik die..
korang boleh bayang macam mana ada tasik
dalam tengah2 laut ???
kuasa tuhankan...?
tapi bila tengok dr dalam, xnampak pun bentuk
Dayang Bunting tadi..

 ...

Lagenda...
 
kita rendam kaki dulu sebelum terjun,
tasik ni dalam dia lebih kurang 10kaki,
so xboleh terjun gitu je,
xpasal x timbul noh..
kena tgu turn untuk sewa jaket.
rm5..
*lain kali korang pakai/bawa terus je yang dari bot tadi*

 nun jauh kat hujung tu,
aku tengah naik basikal air tu,
dia kan naik berdua,
so Nita xnak naik coz die dah penat.

Kami x mandi pun sebab risau lemas ke hape kan,
memanglah ade life jaket tapi  tahlah..
kalau korang berada kat situ korang akan rasa
sendiri kelainan dia..
ramai orang cakap susah nak mengandung
mandi je kat sini Insyaallah senang lepas tu
 
So tamatlah sesi Island Hopping kami pada hari 1st ni,
kami bergerak ke Jeti and terus cari rumah penginapan
di MESS Pegawai Kanan PDRM di
Pantai Pasir Hitam

Okey next entry aku cerita pulak
tentang penginapan dan makan malam kami...
terima kasih kerana membaca uols !!


Monday, August 26, 2013

Mem-bujang ke L.a.n.g.k.a.w.i PaRt TwO

Holla !!
welcome back followers...
kejap ada kejap tak de kan aku ni???
hihi mooad x stabil lah. bile rajin sekali 5 entry aku update,
bile malas terus 5 bulan sunyi sepi tanpa entry..
kihkihkih...tp aku try jugak k..
 
 
okey, berbalik pada tajuk kt atas tu..
aku nak sambung story fasal rombongan ke langkawi tu...
kami sampai sana pukul 930 macam tu. naik ferri 45mnt je kan..
 
sampai je kat jeti kuah, kami bergegas call En Hanan,
die ni buat sewa kereta & rumah2 home stay,
siapa2 nak pergi sana boleh contact dia okey,
sangat friendly and byk beri cadangan mana tempat patut pergi..
 
 okey, ni masa sampai jeti kuah
 
 muka excited !!
 
 helang + batu kawi = langkawi
 
my bestie / pengantin baru..
 
Masa nak amek kunci kereta dengan en.Hanan,
dia ade juga offer rumah rm 80 area pekan,
tapi kami dah book dengan PDRM punya hotel,
so xboleh buat apalah kan, walaupun jauh dari pekan..
sepatutnya kereta yang kami book adalah Vios,
tapi on that day, kereta tu masih belum dipulangkan,
so die bagilah kami Nissan Sentra
 

kereta yang banyak berjasa kepada kami,
Rm 80 Sehari/24j
kebanyakan kereta sewa kat sana,
murah2 coz kereta langkawi boleh beli dengan harga murah,
x sama dengan semenanjung..
sebab tu, kereta sewa banyak yang mewah2..
 
dapat je kunci,
terus larikkkk isi minyak,
memang selalunya dia akan bagi kita dengan 0 tank,
memang ngam sampai pam stesen je.
 
lepas tu, tempat pertama yang kami cari,
Kilang gamat Nusantara,
aku jadi tukang baca map !!
yang lain, tengok je map dah pening acane tu???
ala-ala GPS lah aku ni..
kahakahkahakah...
 
tapi bila cari punya cari x jumpa pun kilang tu,
kilang gamat jenama lain banyak je jumpa,
cuma yang Nusantara ni duk sorok mana tah,
masa otw tu, jumpa sawah padi yang cnteek sangat,
apa lagi benti snap snap dulu lah kan...
 
 Biru Hijau itu cantikk
 
 L.O.V.E
 
..Didib & Fiza..
 
jalan punya jalan, kami jumpa beras terbakar,
so singgah jelah kan...
tempat shooping kain batik
 

 Ni depan kawasan beras terbakar.
x sure rumah tu rumah sape,
yang pastinya nak tengok beras terbakar hanya di...
 
 ha amek ko, sepiring ni je..
ingat boleh lah pegang ke ape kan..
so moh le kite shopping perabis duit,
 


 
 
kat sini, kami beli kain batik
murah2.. 4 helai 10..
kalau siap jahit lagi murah,
t-shirt i LOVE langkawi pun kami beli kat sini,
coz petang time island hopping pakat nak pakai sama..
hahahah gedixx jap !
 
okey panjang dah cerita aku ni,
lepas tempat ni, kami amek pakej island hopping
lawat 3 pulau kat situ..
nanti next entry aku cerita k..


Friday, July 5, 2013

Mem-bujang ke L.A.N.G.K.A.W.I PaRt OnE

P U L AU   L A N G K A W I
 
 
Cuti-cuti Malaysia aku untuk tahun ni banyak tempat dah,
tapi aku je malas nak story mory kan?
sebelum ni ada jugak ke
Sepang Gold Cost
Melaka
and last week
Langkawi !!
 
 
Mulanya patut percutian ni under Persatuan staf awam PDRM,
tempat keje aku lah kan?
tapi 3 hari sebelum pergi tetiba cancel coz bas PDRM  tak de,
bas ramai pulak nak guna,
so patah hati jugaklah time tu kan..
 
Tapi sebab dah hampir sebulan kami
rancang nak ke sini ke sana,
berangan ni berangan tu,
naik ni naik tu
akhirnya percutian ke Langkawi tu tetap di teruskan
dengan sendirian berhadnya.
Maksud aku kami travel sendiri,
ber 5 sahaja...
 
Okey jom aku cerita dari aku melangkah kaki naik bas,
hihi...
tiket bas kami beli 2 hari sebelum nak berangkat.
makanya kami bertolak 11.00 malam jumaat tu.
naik bas kat stesen UTC Puduraya tulah,
harga bas Rm 42.90 Tranasional...
kami sampai di stesen bas Kuala Perlis lebih kurang
pukul 7 macam tu.
then terus Subuh dan mandi2 sikit bagi segarkan badan..
 
okey penat baca kan? meh aku tepek
gambar penyeri entri ni..
 
 
 Kami di stesen bas Kuala Perlis,
kalau dari sini naik ferri dalam 45minit je,
kalau dari kuala kedah tu dalam 2jam naik ferri..
tengok la muka masing-masing,
segar sangat ke? tah hape muka aku,
tapi excited wooo nak melangkah ke seberang sana..
sampai....
 
 
 salah jalan...
hahahahahahah,
time ni konon semangat tinggi nak ke jeti,
sekali ada brader ni datang bagitahu yang
jalan nak ke jeti arah belakang sana,
 
 
 3 sekawan yang tak sedar dah salah jalan..
ngee ngeee
 
 
Lepas beli tiket ferri iatu Rm15,
Kuala perlis- Langkawi
kami singgah makan,
kedai tu depan-depan dengan kaunter tiket ferri.
 
 meh kenal dulu 3 orang ni,
dari kiri Kak Lia, Fiza and Nita
 
 Yang sebelah aku ni, Dibah..
 
ramai sangat orang,
pilihan makanan pun banyak,
dari nasik berlauk,
mee goreng-goreng,
laksa and kueh-mueh..
 
 
Dalam ferri,
kami pergi berlima..
tiga yang atas tadi termasuk aku sudah berkahwin
cuma Kak Dibah je tengah menunggu hari
untuk naik pelamin,
Insyallah hujung tahun ni..
tu sebab aku tulis tajuk atas tu :
MEMBUJANG KE LANGKAWI
 
Okey ni semua sebelum jejak kaki ke Langkawi,
aku akan sambung entry lain fasal apa yang kami buat
kat sana pulak ye..
sebab macam panjang berjela sangat dah..
 
bersambung ke next entry..
 
 


Saturday, September 15, 2012

need some holiday

sekarang ni, umi banyak sangat masalah. hal keje yg xdpat smbung kontrak. may be bln 9 ni last. tu yg pning mne nk cr kje ni.... and mslh lain2 yg mcm2.

#asyik nk menjaga hati org, tp hati kita xde  sape nk jage pun.

Thursday, August 2, 2012

CPU dah kembali sihat....

Hoorrreeeyyy !!! CPU umi dah kembali sihat...
last week sakit sebab kena jangkitan virus !
hehehehehe

selamat berpuasa semua,
maaf la lambat ucap.. hehehe
hari 13 sudah kita ye,

aiz umi n papa sihat je,
aiz sihat n semakin aktif yang teramat,
ade aje akal die nak buat,
makin pandai berkata-kata,
tak kering gusi umi gelak,
hehehehehe..
esok umi up date ape2 story yg ketinggalan ye..

Thursday, July 12, 2012

di manakah jalan terbaik itu?

Bila hati dan fikiran tidak serasi....xtau nak buat apa, buntu sangat.
hanya doa agar tiada apa yang buruk berlaku..

sungguh aku kasihan,
sungguh aku risau,
sungguh aku geram,
sungguh aku terlalu sayangkannya......

*mengalirlah air mata jika itu dapat tenangkan hati ini*

 

Ni status fb umi pagi tadi, sungguh hati ni sangat risau. perkara apa? biarlah ianya menjadi peribadi.. tapi tetap tidak tenteram jika tak diluahkan. what should i do? really blank !!!!


Friday, May 18, 2012

Kenduri Mak Abah nak pergi Umrah

Malam ni umi sekeluarga akan pulang ke kuala pilah, sebab malam esok kami adakan kenduri semperna Mak & Abah akan ke Umrah 13.6.2012 ni. Memang kenduri sebulan sebelum ye?? umi pun kurang pasti hal ni. ikut kan saje lah..Tak pernah berpisah dengan mak abah lama-lama. walaupun umi duk KL, hari-hari akan Call sebab Aiz suka borak dengan atok die. Kadang sehari 2,3 kali call. Apa die borak xtau lah. Dah jauh nanti macam mane lah umi nak terangkan kat aiz nanti if die suh hallo atok.. emmmmmm....nak call ke sana jauh lah pulak

sekian entry pendek, oklah dari tak up date langsung ye x?

selamat berhujung minggu ye kawan-kawan...

Wednesday, May 16, 2012

Touching okey....

tak delah touching mane pun,sebab semangat nak up date blog membuak-membuak tapi bile nak tepek gambar je xboleh-boleh upload tekan punye lame tapi habuk pun xde..emmmmm. Umi nak tepek promo KFC yg dpt menan Upin Ipin tu tapi hampeh..xpelah. yang penting malam ni kena bawa gak aiz p dapat kan satu. hehehe.. mesti senyum lebar die + nyanyi bagai..kenal sangat anak umi sorang tu..

sekarang tetiba suka baca entry-entry mummy yang baru dapat baby or preggy..em umi bila lagi ye? kalau boleh nak jugaklah baby girl kan. Tapi rasa biar umi dapat kerja tetap dulu. kalau takat kontrak cam sekarang emm stokin baby pun belum tentu boleh beli tau. sedih mak !

banyak benda nak story tapi bila xboleh selit gambar jadi blurrr jap. uols sume sihat ke? rindu dengan anak-anak blogger umi.. Aisya sihat ke sayang? bilalah dapat bagi hadiah ni. ape lah umi ni kan asyik busy je.emmm

okey nak sambung wat keje jap..nanti dah ade idea jumpa balik k.. *tata*

Selamat hari Guru !

Buat pendidik yang pernah mencurahkan ilmu,
pada saya,
selamat hari guru !!!!
terima kasih atas jasa kalian....

khas guru-guru yang pernah mengajar :

1995-2000 Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Kurshiah 
2001-2005 Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah
2006-2008 Kolej PTPL KL Sentral Kuala Lumpur

Tuesday, May 15, 2012

Rindu nak ber-blogging !

rindu sangat nak buat karangan kat blog ni,
tapi ada lagi ke orang nak baca?
emmm hari-hari duk baca blog kawan-kawan,
tapi blog sendiri dah berhabuk...

okey esok rasanya niat tu rajin nak up date blog.
hahahahaha,...tapi belum ada idea nak cite pasala apa.
kita tunggu esok jelah ye..

*suka baca blog mummy yang duk cite pasal baby-baby kecik sekarang.
*sigh*

Friday, October 28, 2011

hoben jang hoben !!!!!

here we come...
...hoben jang hoben...
esok umi and family g stadium shah alam,
beri semangat kat pemain n9..
eden kan org nismilan..anak jati kolo pilah...
semangat dah tobar ni....
tunggu esok yo langsong eh,
tapi anak bujang tu,
tak dapek ikot,
nanti kok meraung deh kang...
aiz tinggal ngan mak wan eh..
ado sapo2 kawan blog g stadium x?
hallo umi okey....
bye....

*paham ko esey loghat nogori???*