Followers


glitter-graphics.com

Monday, March 17, 2014

Result Ujian MGTT at Day Care HUKM

Happy Monday korang !!! hari ni tak monday blues sangat.. semangat je.. kenapa tah ! hihi mood okey pun nak komplen jugak aku ni kan?

untuk ambil result ni, kena pergi bahagian DAY CARE HUKM (4/3/2014) ... kira bukan doctor biasa kita check up tu lah..okey result ujian MGTT / minum air gula aku HOKEEEYYYY sangat.. kira tak ada penyakit kencing manis waktu hamil ni. Alhamdulillah..aku tak tahu berapa bacaan dia, tapi as long doktor cakap okey sudahlah kan...tapi result darah pulak yang tak okey. makin turun jadinya hb darah aku. kalau sebelum ni 9.3 la ni turun jadi 8.5 pulak... hameeekkkk kau !!

Patutlah aku cepat rasa pitam and penat, darah cair rupanya. doktor syak aku ade sakit TALASEMIA, ikutkan family tak de penyakit tu. so doktor suruh aku makan ubat IBERET FOLIC / tambah darah / zat besi .. sebab bahaya katanya kalau darah rendah ni, takot effect kat baby. macam2 boleh jadi. Korang boleh google lah ek pasal effect dia tu... Cuma yang aku tak suka masa doktor tu terangkan, cara dia macam aku ni dah tahap risiko.. siap cakap kena masuk darahlah sebelum bersalin kalau lepas 2 minggu hb tak naik... cehhh....

Dapatlah aku ubat ni....

bapak punya besar ubat ni
 
 
Doktor bekalkan untuk sebulan, tapi 2 minggu datang balik tengok ada kenaikan ke x. Esok 18/3/2014 aku kena ke Day Care lagi nak tengok result darah pulak..huhuhu.. risau wehhh.. tapi rasanya sangat berkesan dah and ada perubahan. Bila kita makan ubat ni secara kosisten, serta merta bila kita  buang air kecing akan jadi warna kekuningan yang agak pekat dan kalau buang air besar pulak, najis tu jadi warna hitam pekat..Opsss sori kalau aku tulis jujur sangat..So aku ada tanda semua tu, tak risau sangat dah. cuma kadang adalah makan kerang, sayur bayam, jambu batu tanpa asam untuk pekatkan lagi darah ni kan.. tetap usaha yang terbaik biar baby umi ni sihat...
 
 
Okey doakan result aku baik-baik saja ek esok... nanti aku story lagi.
 
 
****tips makan ubat ni 2 jam SELEPAS makan malam, kira makanan dah hadam baru makan, baru berkesan. and kita tak delah rasa pening / pitam / loya.. Kebanyakan orang ambil SEBELUM makan, waktu subuh macam tu, dan mesti akan muntah dan rasa nak pitam. Alhamdulillah aku dipermudahkan walaupun sebenarnya aku x reti telan ubat pil ni ****


No comments: