Followers


glitter-graphics.com
Showing posts with label pape je. Show all posts
Showing posts with label pape je. Show all posts

Friday, July 5, 2013

1st EntRy 2013

Sedihkan tajuk??????????
hahahahah, mood semakin ke laut tahun lepas.
dengan kerja yang bertimbun
and macam-macam aktiviti yang dirancang.
 
korang semua sihat ke?
memang aku ngaku dah lama tak up date blog,
TAPI
aku tetap singgah blog korang.
selalu okey,
baca dan terus baca.
mood nak menaip je tak datang-datang..
 
 
la ni, tetiba macam nak menulis sebab
nak cerita pasal vacation aku ke
LANGKAWI
last week..
sangat seronok okey..
rasa nak pegi lagi je.
sape2 yang ada plan nak ke sana tu,
jangan lupe ajak aku sekali.
ngeee nggee..
tak fasal je ek??????????
 
 
Fasal Langkawi sat lagi aku story kat entry lain k?
yang ni just nak say hello !!
kat korang anddd
i'm back !!!

Monday, October 1, 2012

moga ade rezeki kami

time tlis ni tgh teman en hubby interview. saje mencuba pekerjaan yg lbh ok and cuti sbtu ahd. kje die skrg ssh dapat cuti. lagi2 sabtu ahad. sian kat anak umi duk umah je.

umi ucapkan salam  takziah buat ibu dan babah aiman. aiman telah meninggal dunia, walaupun xkenal namun umi pernah singgah baca mengenai aiman...syurga tempatmu nak...

#benonye tgh bosan menunggu ni...

Thursday, May 17, 2012

kenapa tak boleh upload gambar kat entry?

itu persoalan aku dari semalam lagi,
orang lain aku tengok okey je,
bila aku tekan button upload tu xde efect apa pun,
duk cam tu je,
tapi bila tekan
upload from webcam, from picasa sume tu boleh je.,...

ha cam no tu?
plizzz help me

Wednesday, April 25, 2012

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,

Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang 'petapa setia' yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian..

Friday, October 28, 2011

hoben jang hoben !!!!!

here we come...
...hoben jang hoben...
esok umi and family g stadium shah alam,
beri semangat kat pemain n9..
eden kan org nismilan..anak jati kolo pilah...
semangat dah tobar ni....
tunggu esok yo langsong eh,
tapi anak bujang tu,
tak dapek ikot,
nanti kok meraung deh kang...
aiz tinggal ngan mak wan eh..
ado sapo2 kawan blog g stadium x?
hallo umi okey....
bye....

*paham ko esey loghat nogori???*

Monday, October 24, 2011

nak story sikit...

1. Aiz dah boleh jalan 20/10/2011 lepas.....
'memang terus hilang penat berkerja bile sampai rumah 
dapat tengok aiz berjalan'
alhamdulillah..syukur sangat2...

2. Umi sangat busy sekarang ni ye hingga 15/11/2011
sebab banyak abang2 polis naik pangkat and tukar2 daerah.

3. sangat sedih bile SELANGOR tak dapat masuk finalpiala malaysia..
terpaksa teman en.hubby tengok n9....emmmm

sekian.....

Thursday, September 15, 2011

Cerita campur-campur

Cerita 1

Pada saat ini, Mak kepada abang ipar umi tenat di icu. Kiranya nenek abg adib lah...Nenek di masukkan ke Hospital Kuala Pilah sehari sebelum raya. Selepas itu di letakkan di unit rawatan rapi (icu) selepas semput yang berpanjangan...and malam tadi doktor suruh semua ahli keluarga rapat balik kerana keadaan nenek yang makin tenat, bernafas pun guna alat bantuan oksigen. Cuma Adam tak balik sebab hari ni die last day UPSR, malam ni mungkin kami akan bertolak balik..harap kalian dapat turut berdoa untuk nenek agar cepat sembuh...

Cerita 2

Anak buah umi, Adam Irfan sekarang tengah bertarung untuk final UPSR, masa pra-upsr tu die dapat 4A 1B, moga UPSR ni die boleh dapat 5A, cita-cita si adam ni nak jadi angkasawan..so kena la amek mrsm ke or aliran sains kan? and lebih elok duk asrama. tapi die tak nak duk asrama bab hal makan tu susah sikit. die ni tak makan nasi, memang payah. makan pun beger, kentang, nugget...makanan org putih nak nye.. klu nasi memang liat. tu pasal die tak nak duk asrama. so hari tu apply la sekolah sri bintang utara dengan victoria....
emmm moga adam dapat mencapai cita-citanye...

Cerita 3

Si aiz tu makim tembam...kuat betul minum susu, makan bubur atau nasi pun kuat. mane tak boolat anak umi tu..emmm tapi yang umi tak laratnye umi nak beli susu Isomil plus die tu. kalau dulu 2 tin sebulan..lepas tu jadi 4 tin sebulan, kira seminggu 1tin lah....tapi la ni 2 tin untuk seminggu...so 8 tin sebulan...uwwaaaaa bankrup umi nak oi.. susu tu Rm 60 (900g)...so 8 tin RM480....sama pulak dengan sewa umah. hehehhe...tapi apa nak buat macam mane kalau itu yang anak umi suke. janji aiz sihat, mamam banyak sudaa kan? tapi susah sikit lah.. memang umi kena tukar jugak susu die..may be nak cube dutch lady (coklat).....any suggest ?

Cerita 4

Umi pulak macam makin kurus rasanye....tau x si adib tu dah boolat sesangat..tgk gmbr raye tu...memang umi n papa tak larat langsung dukung die..huh...rasanye berat adib lebih dari umi. hehehehhe

Wednesday, August 3, 2011

korang tau x STEAMBOAT best kt KL ni?

Umi tengah cari-cari ni kedai atau restoran yang best & harga pun ok lah, dalam 30 ke bwh cam tu.sebab nak makan dengan kawan2 opis. last year kami berbuka kat bowling alamanda tapi makan macam2 la bukan steamboat. so this year ingat nak makan steamboat pulak. korang tau x mane2 tempat yang best, roger2 la ek....

need your help !!!!

Tuesday, June 14, 2011

Kenali Demam Sawan

APA ITU DEMAM SAWAN
Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).

Ciri-ciri
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.

Punca
Ia selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan ini bukan penyakit keturunan. Namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik.

Rawatan Lanjut
Untuk mendapat pemeriksaan lanjutan bagi memastikan bahawa anak anda tidak menghidap meningitis atau jangkitan selaput otak. Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk meningitis dan perlu diingatkan ia boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.

TINDAKAN ANDA BILA BERLAKU DEMAM SAWAN
Elakkan sawan berlaku Lap badan dengan kain basah yang menggnunakan air paip untuk menurunkan suhu badannya yang panas itu. Juga beri anak minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. Boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. Juga pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap ketika di dalamnya). Pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaya malam!

Ketika Sawan
Jangan Panik! Tetapi bertindak pantas! Ingat jangan biarkan sawan ini berlaku lebih daripada 1 atau 3 minit sehingga 5 minit. Pantas baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ia untuk mengelak muntah atau lendir masuk ke dalam paru-paru. Segera melonggarkan segala pakaiannya. Ada juga pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat).

Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan. Juga jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah. Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya. Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku. Kemudian segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit untuk mencari dan merawat penyebab demam.

TIP MUDAH
1. Tanggalkan pakaian anak.
2. Baringkan mengiring untuk mengelak bendalir atau air liur memasuki peparu.
3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya.
4. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak!
5. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini.

ehsan dari majalah Pa&Ma

Tuesday, June 7, 2011

aku dah buang 'word verification'

aku dah buang 'word verification'
so bile korang komen xde lg dah
nak isi-isi huruf2 yang senget tu
tau korang malaskan...aku pun sama,
tapi lau blog favar tu memang aku isinye,
jap je pun kan???

patutlah sejak 2mgu ni xde orang komen entry aku,
rupanye ade benda alah tu. maaflah ye,
tuan tanah tak tau pun,
nasib kak ila mama faiz yang bagi tau,

so korang rajin2lah ye komen2 sikit entry aku.....
mekasih...

Friday, June 3, 2011

"Free Header by Kei Seichi"


saje nak tukar header blog tu..bg comey skit...meh la join korg...
ok, umi nakkkkkkk

size header :
850x350

background color :
ikut suke sis la transparent ke ape tapi bertemakan
'purple'

ayat :
nama blog
'aku yang lemah tanpamu'

and nak tambah ayat jiwang karat ni ;
' Saat mata terbuka Kamulah yang pertama Tak mampu aku
Bayangkan Hidup tanpa dirimu '


font :
ikut suke sis la but still with tema
'purple + pape kaler pun boleh'

gambar :

contact :
email fb aiznajfysa@yahoo.com
ok done !!! tak sabar nak tengok ni....

Thursday, May 5, 2011

mana nak cari keje ni?

memeningkan sungguh,
dulu kata kontrak 3 tahun,
jadi pembantu tadbir/data entry,
tapi la ni, bagi keje tah ape2,
ade ke suh asing2 ketas ikut num,
kami bukan posmen nak asing2 surat,
la ni bg kami jadi operater !!
hadus tah pape je,


'bagai jatuh di timpa tangga'
dengar cite kontrak sampai bulan 6 ni je,
if ade projek je sambung,
tu pun siap turun gaji lagi,
yang sekarang pun xcukup makan nak turunkan lagi lak,
uuuwwwwaaaa apa mau buat?

nak cari keje memang payah sekarang ni,
anta resume banyak dah tp 1call pun xde,
ade member ni pegi byk interview da tp xdpt2 gak,
depa kata klu dah krjaan susah nk p swasta,
cehhhh ada ka macam tu?

dah la 11.6 ni wat
aqiqah & cukur jambul aiz,
mana nak cari duit cam tu?
bulan 8 dah raya !!!
uwwwaaaa
somebody help me please !!!!

tempat sape ade kje kosong?
ada tau ke lubang2 keje?
bagitau la saya...
di sebabkan fikir ni la,
dah lama x up date blog,
sobsob...

Wednesday, April 27, 2011

siapa follower ke 100 tu?

umi dah dapat follower ke 100 !!!
hiphip hooreeyyy...
umi dah niat hari tu nak bagi follower ke 100
gift !!!
tapi masalah nye umi xde link die,
so macam ne nak cari orang nye ye???
cer cite cer cite cam ne nak cari.....

wahai follower ke 100 ku,
munculkan lah dirimu...
ada sesuatu menanti anda....

Wednesday, April 20, 2011

Siapa Malaikat Itu?

Suatu hari seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya: "Sebentar lagi engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia."

Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut,gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.

Lalu bayi itu bertanya pada Tuhannya: "Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat itu memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?"

Lalu Tuhan menjawab: "Jangan takut. Sesunguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti." Akibat masih takut,bayi itu bertanya lagi: "Dunia itu sudah tentu berbeza.Jika di dalam syurga ini aku hanya perlu bermain ,menyanyi dan ketawa membuatkan ku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti?"

Lalu Tuhannya menjawab: " Jangan takut. Malaikat yang aku pilih itu akan menyanyikan lagu untukmu,menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuatkan engkau berasa hangat dan dicintai." Bayi itu masih belum lagi berpuas hati  lalu bertanya lagi: " Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang ingin aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"


Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikat yang kupilih itu akan berbicara denganmu dengan bahasa yang paling indah ,paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian . Dengan ketulusan dia akan mengajarmu untuk berbicara.Bayi itu bertanya lagi: "Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?"

Lalu Tuhannya menjawab:"Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti!" Bayi itu masih terus bertanya: " Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat.Jadi siapa yang akan melindungiku nanti ?" Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!"

Dengan sedih,bayi itu bertanya lagi: " Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan-Mu lagi!" Lalu Tuhannya menjawab: "Usah gusar.Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku padamu.Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali  kepada-Ku bila sampai waktunya nanti.Sesunguhnya aku sentiasa berada disisimu!"

Dan sebelum diturunkan ke dunia,bayi itu bertanya soalan terakhir: " Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu,bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?" Lalu Tuhannya menjawab:

"Ibu!Ibu yang melahirkan engkau!"

Tuesday, April 12, 2011

afif for af9

demam af dah datang balik,
umi pun dah kenalah jugak tempiasnya, 
hehehehehe,
untuk last year ni,
umi sokong n suke tengok afif !!!


okeylah time tengok af minggu lepas,
afif ade potensi rasanye,
so mari-mari sokong afiffffff.....

Wednesday, April 6, 2011

siapa follower bertuah tu?

time taip entry ni,
follower umi dah 83 orang,
so seperti yang umi janji kan,
follower yang ke 100,
akan dapat something dari umi,
sesaje nak bagi hadiah,
umi dapat idea ni sebab umi
jadi follower ke 100 kak ct,
hehehehe,
so siapakah follower ke 100 tu?
tungguuuuu

Friday, March 25, 2011

bola punya pasal , xde hal la..

ini gara-gara tv1 + astro la ni,
yela dulu duk elok bagi live bola
team-team bola malaysia,
tapi la ni astro da amek alih,
xde dah aku duk depan tv sabtu 8.40,
so 'selangor' punya pasal,
aku sanggup/terpaksa pasang astro,
baru je g daftar isnin hari tu,

aku bukan ape,
memang kaki bola la kan,
lagi-lagi selangor dah masuk separuh akhir,
tuk piala fa,
lagi la bertambah semangat aku nak tengok,
kalau dulu boleh le berdua p stadium,
la ni aiz kecik lagi,
kena tengok kat tv jela,
tunggu besa sikit baru leh bawa die,
and tak sabar nak tengok aiz 
pakai jersi 'selangor'

Wednesday, March 23, 2011

happy belated besday aisya sayang !!

actually,
nak post entry ni semalam,
coz semalam besday aisya,
tapi semalam tak sempat pun duk depan pc,
keje banyak sangat,
alhamdulillah hari ni umi sempat juga,

aisya bukan anak umi,
mahupun anak buah,
tapi anak seorang teman blogger,
kami tak penah bersua-muka pun,
cuma umi suke singgah dan mengikuti
setiap perkembangan aisya,

kenapa aisya???
sebab aisya ade mata yang cantekk,
sebab aisya anak yang kuat,
aisya mempunyai kehidupan tersendiri
yang membuatkan umi
tersentuh, terharu, bangga dan gembira !!

Ainur Ariana Damia
atau lebih manje dengan panggilan aisya,
umi ucapkan 'selamat hari jadi sayang'
moga aisya panjang umur,
dimurahkan rezeki,
diberi kesihatan yang baik,
moga makin kuat,
moga senyum yang manis
dan mata yang cantekkk tu,
kekal milik aisya sayang...

p/s : maaf kak yu / tuan blog anugerah istimewa
kalau sha amek gambar aisya ni,
buat kak yu marah...

 mata yang canteekk,

 semangat nak berjalan,


 x sabar nk ade baby girl comel mcm ni,

umi sha n baby aiz sayang aisya...

'happy besday aisya'

alhamdulillah, rezeki aiz..

rezeki aiz datang lagi,
alhamdulilllah umi bersyukur sangat-sangat,
moga rezeki ini dapat menjadikan kami keluarga
lebih baik, tenang dan diredhai...

Monday, March 14, 2011

15 Kelebihan Wanita Yang Anda Patut Tahu

  1. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  2. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia daripintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  3. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawabbaginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” JawabRasulullah S.A.W. “Ibunya.”
  4. wanita solehah
  5. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudaraperempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidikmereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginyaadalah syurga.
  6. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan AllahS.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan apineraka ke atas tubuhnya.
  7. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki keranasifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanyakepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibulebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidakakan sia-sia.”
  8. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, makaberistighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkanbaginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya1,000 kejahatan.
  9. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanandari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanyaseperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripadaanak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
  10. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dandirekannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  11. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
  12. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, makaAllah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripadasuaminya (10,000 tahun).
  13. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada70 orang lelaki yang soleh.
  14. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-manapintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  15. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatudaripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepadamereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  16. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.