Followers


glitter-graphics.com

Friday, July 5, 2013

Mem-bujang ke L.A.N.G.K.A.W.I PaRt OnE

P U L AU   L A N G K A W I
 
 
Cuti-cuti Malaysia aku untuk tahun ni banyak tempat dah,
tapi aku je malas nak story mory kan?
sebelum ni ada jugak ke
Sepang Gold Cost
Melaka
and last week
Langkawi !!
 
 
Mulanya patut percutian ni under Persatuan staf awam PDRM,
tempat keje aku lah kan?
tapi 3 hari sebelum pergi tetiba cancel coz bas PDRM  tak de,
bas ramai pulak nak guna,
so patah hati jugaklah time tu kan..
 
Tapi sebab dah hampir sebulan kami
rancang nak ke sini ke sana,
berangan ni berangan tu,
naik ni naik tu
akhirnya percutian ke Langkawi tu tetap di teruskan
dengan sendirian berhadnya.
Maksud aku kami travel sendiri,
ber 5 sahaja...
 
Okey jom aku cerita dari aku melangkah kaki naik bas,
hihi...
tiket bas kami beli 2 hari sebelum nak berangkat.
makanya kami bertolak 11.00 malam jumaat tu.
naik bas kat stesen UTC Puduraya tulah,
harga bas Rm 42.90 Tranasional...
kami sampai di stesen bas Kuala Perlis lebih kurang
pukul 7 macam tu.
then terus Subuh dan mandi2 sikit bagi segarkan badan..
 
okey penat baca kan? meh aku tepek
gambar penyeri entri ni..
 
 
 Kami di stesen bas Kuala Perlis,
kalau dari sini naik ferri dalam 45minit je,
kalau dari kuala kedah tu dalam 2jam naik ferri..
tengok la muka masing-masing,
segar sangat ke? tah hape muka aku,
tapi excited wooo nak melangkah ke seberang sana..
sampai....
 
 
 salah jalan...
hahahahahahah,
time ni konon semangat tinggi nak ke jeti,
sekali ada brader ni datang bagitahu yang
jalan nak ke jeti arah belakang sana,
 
 
 3 sekawan yang tak sedar dah salah jalan..
ngee ngeee
 
 
Lepas beli tiket ferri iatu Rm15,
Kuala perlis- Langkawi
kami singgah makan,
kedai tu depan-depan dengan kaunter tiket ferri.
 
 meh kenal dulu 3 orang ni,
dari kiri Kak Lia, Fiza and Nita
 
 Yang sebelah aku ni, Dibah..
 
ramai sangat orang,
pilihan makanan pun banyak,
dari nasik berlauk,
mee goreng-goreng,
laksa and kueh-mueh..
 
 
Dalam ferri,
kami pergi berlima..
tiga yang atas tadi termasuk aku sudah berkahwin
cuma Kak Dibah je tengah menunggu hari
untuk naik pelamin,
Insyallah hujung tahun ni..
tu sebab aku tulis tajuk atas tu :
MEMBUJANG KE LANGKAWI
 
Okey ni semua sebelum jejak kaki ke Langkawi,
aku akan sambung entry lain fasal apa yang kami buat
kat sana pulak ye..
sebab macam panjang berjela sangat dah..
 
bersambung ke next entry..
 
 


No comments: