Followers


glitter-graphics.com

Thursday, March 13, 2014

Minum air gula a.k.a ujian MGTT

Okey, macam yang aku cakapkan dalam entry sebelum ni, aku kena minum air gula untuk tahu ade ke tak penyakit manis bagi ibu mengandung. berat badan aku tak delah naik mendadak sangat sampai deorang suruh aku buat ujian ni. ini disebabkan aku mention yang mak aku ada penyakit tu. so secara tak langsung kalau family yang ada kencing manis, ibu mengandung memang kena buat ujian ni.
 
 
ujian ni aku buat pada 28 / 2 lepas. hari jumaat, so start malam khamis aku dah disuruh puasa start jam 12 tgh malam. dekat borang tu akan ada arahan apa yang perlu korang buat. so pagi jumaat tu aku datang awal sikit. sebab nurse dari makmal C HUKM tu cakap darah tak kan diambil selepas jam 9 pagi... around pukul 8 aku dah ada kat pintu klinik O&G tu, pintu pun belum buka lagi hokeyyy.. tapi ramai jugaklah yang beraturkan. So perasaan nebess aku tu berkuranglah jugak, ingat aku sorang je kena minum.. nasib ramai.. hihihi..
 
 
bilik sampai je kat makmal c tu, nama akan dipanggil ikut susunan borang yang kita letak tu, aku adalah orang ke 7 or 8 macam tulah. xdelah lama sangat... masa tengah tunggu nama dipanggil, sempat jugalah aku curi pandang akak-akak yang minum air gula tu, minum dalam bilik tu jugak, dan akan diperhatikan oleh nurse atau pelatih kat situ.. xdan nak ngelat aku cakap. Nasiblah aku tengok gelas yang diguna kecik je, ala macam cawan jagung kita beli kat pasar malam tu. muka akak-akak yang minum dulu dari aku tu, macam2 pesyen..ade yg cool je, sekali teguk..ade tu senget benget menahan kemanisan and rasa mual...ohhh aku mula cuak kembali...
contoh okey..jangan hengat ade jagung pulak die bagi..
kecik je kan?? i likeeee

bila tiba giliran aku, darah pertama / darah orang berpuasa lah senang cite, diambil di lengan kanan, dalam 3 tabung uji kecik jugaklah deorang ambil sampel. lepas tu nurse terus suruh minum air gula, dah habis sila tunjuk cawan kosong tu dekat dia ye sebelum buang...


okey, cam nilah kaler air gula aku...
 

okey, harapan aku air gula tu berperisa oren or blackcurrent ke kan, tapi hampeh... air gula pior ko... semata gula putih cam tu je.. okey dengan muka buat-buat selamber aku amek secawan dan duduk kat satu sudut khas.. Bissmisllah.... rasa sikit dulu, eh macam okey je??? lama-lama telah lah seteguk dua..3 dan empat...kemualan sudah sampai ke tekak.. last aku habiskan je terus and tunjuk kat nurse tu..dia bagi kertas nanti 1025 datang sini balik ye. coz aku habis minum air gula tu 825. 2 jam lepas tu kena datang amek darah balik tanpa makan dan minum ye. air kosong je dibenarkan. kena bawa air mineral sendiri. deorang memang tak sediakan...........

Apa aku buat 2jam menunggu tu? mula cadangnya nak baringkan surau, tapi bila tengah syok baring deorang nak vakum and bersihkan pulak.. last2 aku buka buku Pa&Ma baca je kat kerusi.. serius rasa pening dan  nak pitam tu ada bila kita berjalan.. thats y aku decide duduk je.. minum air kosong banyak biar rasa manis+pahit gula tu hilang kat tekak...

tepat 1025 aku datang balik kat makmal c tu, letak kertas yang dia bagi tadi, tunggu nama panggil untuk amek darah kali kedua pulak. darah lepas kita minum air gula... lepas tu dah boleh balik, coz result dia kalau HUKM ni dia akan bagi 3,4 hari lepas tu. so dia bagi aku tarikh 4/3 hari selasa depan untuk tahu result. kalau pegi kk dia akan col je rasanya..so aku mintaklah timeslip dan masuk opis je lepas tu.... nak tahu apa result aku?????????? tunggu next entry...

*lain diharap lain yang dapat*

*lain klinik lain cawan, ade kawan opis pakai mug kaca besar tu, ade pakai cawan kertas yang panjang tu.. syukur aku kecikkk je*

 
 
 
 
 


No comments: