Alhamdulillah sekarang umi dah hamil 10 minggu/ 2 bulan lebih...
1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam
kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan
mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem
pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut
lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah
mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka
ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali
pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang
sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya
ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga
usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem
pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau
denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya
dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi
kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula
terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali
suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti
bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam
rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan
menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi
juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagai
reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan
membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di
sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.
Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia
berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak
ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan
penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan
rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada
RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya
Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya,
fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis
dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta
alam.
Aminn..
No comments:
Post a Comment