Followers


glitter-graphics.com

Thursday, April 24, 2014

34weeks baby breech / songsang and try buat ECV (( External Cephalic Version)

Selamat pagi mommies !!!! time tengah menaip ni aku masih aktif berkerja dengan bawa baby lam perut ni with 37weeks 3days... hihihi..tapi perut tak besar mana pun, kecik je. sebab tu masih larat jalan pagi2 dari LRT Jamek ke Bukit Aman ni. Hopefully semua okey sampai aku selamat melahirkan. doa-doa kan lah ye :-)


Aku nak share sikit, masa kandungan 34 minggu, scan baby dalam keadaan songsang. kepala kat atas and kaki and punggung kat bawah. sepatutnya baby dah arah kebawah kepalanya start 28-32 minggu and akan kekal until lahir. Masa aku check up 28w tu memang dah ke bawahlah , lepas tu baby suke pulak pusing-pusingkan. sampai masa scan tu. So doctor decide tengok dalam masa 2 minggu lagi tengok dia nak pusing sendiri tak. Tunggu punya tunggu, dengan aku cuba beberapa tips biar dia pusing bawah tak berjaya juga, scan time 36w dia still kepala kat tulang rusuk kanan. So doctor suruh aku buat pilihan untuk cuba proses ECV atau pilih operate je untuk bersalin. Bila bincang2 doc cakap baby aku kecik, and agak senang nak pusingkan dia dan harapan dalam70% macam tu. Risiko? adalah macam kalau tali pusat terbelit, baby lemas and etc. Tapi jangan risau coz die kan pantau dengan scan. So setiap kali dia pusing dia akan scan every minutes. Kalau baby lemas dia akan emergency operate je, baby pun dah matangkan 9bulan. So dengan cofindent nye aku pilih lah ECV ni.

Bila Doc Raihan tu mintak tarikh untuk minggu depan nya, pakar atasan tak bagi, dia suruh buat esoknya jugak. Pendek kan cerita, datanglah aku menyerah diri pada 16.4.2014 tu, padahal semalam habis research dah fasal ECV. Ada yang cakap HOKEYYYY sangat, ada yang cakap sakit sampai tak nak buat dah. Tapi aku cubalah jugakkan. Masa sampai tengah ada patien lain tengah buat. Lepas sejam baru dia keluar dengan muka yang tenang seperti tak de apa2. Aku dapat semangat kat situ sikit. oh ye, kita di wajibkan berpuasa dari 2pagi malam sebelum nya tu, nanti muntah plak kan bila perut tu ditekan2...

Mulanya, Nurse pasang mesin CTG tu kat perut untuk cek jantung baby okey tak dalam 20minit gitu...then masuklah 2 orang doc pakar perempuan. Doc Raihan and sorang kawan dia ni, sebelum dia pusingkan baby, dia cucuk kan tangan aku untuk masukkan ubat. Ada 2 jenis ubat, 1 untuk kurangkan rasa sakit katenya. dan lagi 1 aku tak pasti fungsi ubat tu tapi doc cakap jantung aku akan debar2 lepas 5minit. Motif???? tah le....

Lepas tu dia tepek kan gel, ala gel yang guna time scan tu. lepas dia rasalah kepala baby kat mana and cuba pusingkan ke bawah. Pusing sikit scan sikit.. pusing lagi scan lagi.. lebih kurang 10minit macam tu dia cuba pusingkan. Sakit tak????????????? tidaklah sesakit yang aku bayangkan tu. sakit macam kena urut tu kan? tak delah sampai badan mengigil macam aku baca kat blog tu. Proses dia macam urut biasa tu, tangan doc akan pegang kepala and kaki die bagi pusing. Then die scan, YEAAAHHHHHH berjaya!!!! dengan gembira doc tu jerit.. kecoh jugaklah kan aku tengok 2 sekawan tu. Time die scan tu, die tunjuklah kat aku mana kepala, kaki semua. and Alhamdulillah baby dah berada kat kedudukan sepatutnya...



Lebih kurang macam nila, then pasang CTG balik tengok jantung baby okey tak.. lebih kurang setengah jam macam tu sebab graf tak cantik baby tido. hihi aku rasa baby lapar kot sebab dari malam tadi dah puasa, sarapan pagi tak de and time tu dah pukul 1 tgh hari..emmmm lepas doc dah puas hati dibenarkan balik and akan jumpa balik seminggu untuk tengok baby duk diam kat bawah atau degil jugak nak duk atas. On that time baru boleh tahu bersalin normal atau czer.

So selasa 22.4.2014 opp aku dengan doc, bila doc pegang tengok yeaahhh kepala baby kat bawah dah and sudah engaged pun. kira dah masuk laluan and sedia tuk lahir... HOreeeyyyyyyy. So proses ECV aku BERJAYA !!!


Okey, komen aku pasal proses ECV ni, sangat di sarankan buat bagi yang tiada masalah. Doc tak kan suggest kalau ada risiko kat kita. dia akan tengok saiz baby and keadaan ibu sendiri. So kita boleh dah bersalin normal...itu pendapat aku lah okey.. emm tak de sakit pun !!!

2 comments:

NADA syafi said...

Antara banyak2 exprnce blogger2 nie awak jer yg ckp ok. tp rsanya tgk dktr jgk yg bt kn.. tkotnya nk bt ECV ni.

umi aiz said...

hai sis... baru buka blog.. sis dah bersalin ke? kes songsang jugak ke hari tu? mungkin pendapat saya lah kot tak sakit sangat. sebab baby saya x besar sangat kot.. saya mcam org berurut tu je rasanya...