Followers


glitter-graphics.com

Wednesday, February 26, 2014

1st time check up di HUKM (28week)

Salam semua, semalam aku ke klinik O&G HUKM, memandangkan aku dah pun pergi daftar / booking pada 28.1.2014 hari tu maka hari ni adalah tarikh 1st opp aku dengan doktor di HUKM ni.. okey sebelum tu, meh aku share cara aku daftar/ booking tempoh hari.
 
Aku check up biasa kat klinik swasta, bila doktor tanya nanti nak bersalin kat mana, aku terus cakap HUKM. yelah 5minit je dari rumahkan. so doktor cakap kalau nak ke HUKM ke buat booking atau daftar pada usia kandungan 6-7 bulan. kalau dah nak beranak baru pegi agak payah sikit deorang nak terima, HUKM utamakan pesakit regular deorang  dahulu.
 
So lepas aku dapat surat reffer dari doktor swasta tu, aku pun pergilah untuk daftar hari berikutnya.tak lama pun, adalah 10minit je pun. sebab korang memang tak jumpa doktor atau buat test apa pun. letak je surat reffer dari klinik kita biasa checkp up tu, pastu tunggu nurse kat kaunter tu panggil nama. nanti dia tanyalah sikit2 details kita. macam aku ni mengandung anak ke dua, so dia banyak tanya yg first dulu macam manalah. and then die suruh pilih hari untuk checkp.. kalau selasa so hari selasa je next opp die bagi. macam aku lah tu. bila dah dapat tarikh, dia bagi borang daftar warna pink suruh lengkapkan and bawa masa 1st opp nanti sekali dengan surat GL kalau keje GOV. itu sahaja !!! kejap je pun...
 
 
 
and now........ tibalah tarikh opp aku.. 25/2/2014 jam 9 pagi. masa ni aku 28 mingu nak masuk 7 bulan macam tulah. aku sampai agak lewat sebab perut buat hal plak pagi2 tu.. hahah haru betul semalam. membebel laki aku sebat nanti dia lambat pegi keje. aku sampai HUKM lebih kurang 845 macam tu.. and of course lah hero hemsem tu teman, sibuk nak jumpa baby katenya.. okey umi bawakan aje janji abang tak nakalkan.
 
aku letak borang warna pink + surat reffer dari klinik hari tu + GL kat dalam bakul. lepas nama dipanggil nurse tu bagi num 8011  and suruh aku buat ujian air kencing, timbang berat and tekanan darah. and macam biasa berat aku tak naik sangat pun, 40.5kg je !!!! sadis... aku cukup risau sebab ramai orang cakap bila pegi cek dekat HOS mesti nurse or doktor akan bebel punya.. abang aiz tu pun sibuk nak timbang. ha amek anak aku 20kg.. separuh dah berat umi dia. tekanan darah ok semalam, tak ingat plak aku berapa, air kencing pun ok.
 
2nd step kena tunggu num dipanggil untuk scan di bilik 11. aku dapat masuk ke bilik scan tu pukul 10.30pagi macam tu. lame jugaklah kan tunggu. aiz lagi lah bosan, setiap kali num dipanggil dia ajak masuk, tak kiralah num sape pun...hahahahahha...result scan okey, baby dah 1.2kg..kepala kaki and perut semua okey and sihat cuma baby malu, tutup muka sebelah. kaki pun tutup *** dia... so umi tak dapat nak corfim baby girl ke boy untuk puaskan hati.. tak pelah janji baby sihatkan. malu dengan abanglah tu ye?? time ni aiz yang sibuk tanya macam2.. nak tengok muka babylah, kakilah apalah..nasib doktor tu melayan...excited betul abang katanya.. !!!!
 
then lastly baru boleh jumpa doktor, tu pun 2jam lebih jugak num aku di panggil. 1215 tengah hari, so doktor cakap semua okey, cuma dia agak pelik aku terlalu kurus. bila aku cakap lahir tak cukup bulan dulu baru dia faham. tapi dia bangga dengan aku sebab aiz lahir agak besar and cukup bulan padahal aku kuwusss je... hihihi...alhamdulillah rezeki aku dan aiz masa tu kan.
 
yang tak bestnya, doktor suruh datang jumaat  28.2.2014 ni untuk test darah and minum air gula. nak kena cuti lagi ke???? pastu selasa 4.3.2014 baru review result dekat day care... hohohoho  sape penah minum air gula??????????? uuuuwwwaaaa nanti muntah dia marah x?? aiz dulu xde plak kena minum air gula n amek darah bagai...sob sob sob...
 
 

1 comment:

Unknown said...

mula2 ingat nk bersalin sana tp ble check harga mahal gile...rm800 normal...