Followers


glitter-graphics.com

Wednesday, July 6, 2011

alhamdulillah aiz kembali beransur sihat....

alhamdulillah aiz dah sihat dari demam panasnya pagi tadi. aiz mulanya batuk dan selsema saje malam isnin tu, tapi bila umi balik dari keje semalam mak wan cakap aiz demam dr pagi tadi, bile umi dukung, panas sangat badan die. dan umi dengar bunyi tersekat2 kat nafas/ kerongkong die, lemah hati umi time tu. lagi2 bila tengok jantung aiz berdegup dengan laju dan bile die bersuara agak tersekat-sekat dan kadang kala mengigil. terus laju air mata ni mengalir....

Mak wan cakap jangan risau, ade kahak tu yang nafas die berbunyi. ye umi tak nafikan itu tapi ibu mana yang tak risaukan tengok keadaan anak tersayang macam tu. aiz adalah nyawa umi. umi tak borak sangat dengan aiz, tak nak bagi die cakap banyak takot sakit. petang tu agak meragam jugaklah die, yelah demam kan dengan tekak yang tak berapa selera nak makan dan minum susu.

malam tu, lepas magrib umi, papa dan mak wan terus bawa aiz ke klinik. dan seperti yang di jangkakan aiz akan menangis sebaik saja masuk ke klinik. aiz ni ikut perangai atok lah tu, tak suke jumpa doktor. tapi alhamdulillah...menurut doktor kahak nye sedikit saje tak perlu di pakai oksigen untuk mencairkan. hanya makan ubat saje, dan demamnye agak panas 38.9c...panas jugak kan.

malam tadi pula, aiz susah nak tido, yelah dengan nafas berbunyi / macam berkeruh je..kadang2 die merenget, tapi bila umi tepuk die tido balik, dan kadang2 die mengigau, tibe2 die menyanyi lagu 'papa'... umi ingat die dah bangun main tapi bile tengok mata lelap. macam2 anak bujang umi sorang tu..

dan pagi ni, aiz tak demam dah, batuk dan selsema saje yang tinggal. suara juga semakin baik, dah boleh faham die cakap. kalau sebelum ni tersekat2 kan, harap-harap aiz tak meragam sekarang, kerana tinggal berdua dengan mak wan die....berat jugak hati pagi tadi nak pegi keje, tapi memandangkan keadaan kami yang memerlukan duit semperna puasa dan raya nanti umi melangkah keluar juga...moga balik keje ni aiz dah semakin sihat dan kembali aktif bermain. umi tau anak umi kuat, aiz good boy kan????

3 comments:

zura_habib said...

semoga cpt sembuh...

Ila said...

auntie doakan aiz bertambah sihat ek...rajin2 makan ubat

Bicara hati ibu aisya said...

Semoga cepat sembuh ye aiz.Skrg ni aisya pulak yang batuk dan muntah2.Risau betul ibu.