Followers


glitter-graphics.com

Wednesday, July 10, 2013

9 hari abah di CCU

25 jun 2013 satu tarikh yang mungkin kami tak kan lupakan,
 
Waktu itu, aku sedang sibuk melakukan kerja di pejabat. memang kami sekeluarga maklum yang abah akan ke KPJ Seremban hari ni untuk check up kaki, angah dan mak temankan. kaki abah ada masalah untuk berjalan dan membengkak. tak pasti apa puncanya, sebab tu kami pujuk abah untuk check.
 
Seperti orang tua lain, abah memang takut nak ke Hospital, takut akan penyakit berbahaya dan wayar yang berselirat kat badan serta bunyi mesin yang mengerunkan. ahhh bukan sahaja abah malah aku sendiri pun mungkin akan lebih dari itu.
 
Sedang aku sibuk buat kerja, aku dapat sms dari along yang menyatakan,
 
Mak baru mesej i tadi,
jantung abah tersumbat,
skrg doc tahan di CCU.
 
 
Seperti panahan petir, jantung aku juga luluh, air hangat mula turun dengan laju. buka ke abah sakit kaki je? macam mana blh jntung n sampai masuk ccu ni? macam-macam soalan keluar, aku tanya kawan opis apa itu CCU. jawapan yang aku dapat, keadaan yang lebih teruk dari ICU sebab melibatkan jantung. hujan terus air mataku.. Ya Allah dugaan apakah ini?
 
bila aku berbalas mesej dengan along dan alang, mereka kata abah sedar dan stabil, petang lepas kerja kami akan ke sana. hati aku tenang di situ....
 
Namun, sejam lepas tu hati aku rasa lain, kenapa bukan aku yang temankan abah? aku kan anak abah? anak yang paling rapat dengan abah? terus number angah aku dail. ingin tahu keadaan selanjutnya..
 
 
Aku : Angah kat mana? mcam mana abah?
agh : kat KPJ. emmmm......... doktor baru cakap jantung abah tersumbat and susah bernafas. nak kena
         operate pukul 3 ni. baliklah jmpa abah, bagi semangat kat dia. doktor cakap ada risiko....
 
Perlahan nada itu aku dengar, bagai batu menghimpat kepala aku.. oh Tuhan kau selamatkanlah ayahku... terus aku dail nombor kakak ku yang lain bagitahu fasal tu. alang akan minta pelepasan dari majikannya. along terus menangis dan terus menangis. dia agak lemah.. dia sendiri ada penyakit lemah jantung. bila dengar macam tu, hampir pengsan.
 
 
Lepas aku call en hubby, aku minta pelepasan pegawai. ada juga kawan nak hantarkan. tapi aku masih kuat untuk berjalan. berlari mungkin aku saat itu... sempat aku singgah ke rumah capai baju apa yang patut, dan jemput aidil cucu kesayangan abah tu..tak sabar nak cuba atok katanya. nak tunjuk ada mainan baru.
 
 
 
 
-curi dari fb ank buah aku-
 



.....................aku stop sini dulu, coz ade meeting..aku sambung entry lain. yg ni pun mcm pjg sgt dah.....

 
 

No comments: