Followers


glitter-graphics.com

Thursday, August 11, 2011

Rm100 untuk sebulan?

AMARAN !!!
Entry ni di tulis dengan hati kemarahan + geram....
maaf atas kekasaran bahasa

Hati umi sangat sakit + sedih, macam mana tu? sakit hati sebab bila mereka buat mak & abah macam tu. dan sedih bile tengok mak & abah kecewa. Mulanya malas nak berkongsi cerita ni kat blog tapi hati ni geram, tak tau nak lepaskan kat mana/ sape. huh.....

buat pengetahuan kalian, mak & abah setuju menerima tawaran mak cik iaitu adik kepada mak untuk menjadi tukang masak di restoran mereka. Awalnya abah tak nak sebab lebih suke duduk kat kampung and ada kerja sendiri juga, tapi bile fikirkan adik-beradik abah mengalah, dan hanya ingin mencuba untuk sebulan. Umi dan Angah sangat tak setuju, sebab umi tak nak mak abah penat. seharian bekerja adalah sukar untuk abah yang berusia 77 tahun....

Abah & mak memasak untuk menu pagi, tengah hari dan ala thai pada belah mala selam sebulan, Julai lalu...
dan ada beberapa hari menerima tempahan dari crew lakonan yang menyewa kedai kami. Adatlah orang baru nak meniaga, belum untung sepenuhnya, tapi dapat lah pulang modal harian. 

Sebab orang tak ramai :
  • tiada sign board nama kedai makan
  • nak masuk kedai mesti buka selipar/kasut
  • kedai tak nampak macam kedai makan pun (penuh barang rumah)
  • mungkin pilihan kedai tengah tak strategik
Itu apa yang umi lihatlah, so macam mana orang nak rasa masakan abah?

bila genap sebulan...mereka berikan mak & abah RM 100 SAHAJA......berbaloikah? dengan kerja keras mereka pada usia sebegitu, dengan apa yang abah korbankan kerjanya.Dengan keikhlasan mereka membantu adik beradik? dan macam-macam lagi.....bila umi dan akak2 yang lain dengar, huh rasa dalam hati ni meluat2 dan marah sgt. sampai macam tu sekali?

dan saat itu umi terus geram, umi terus remove family mereka dalam facebook....kalau boleh tak nak bertegur sapa pun, tak nak jumpa pun,......kejam kan? ye umi memang seorang yang keras hati, bila ia melibatkan mak & abah. dan bila ada orang yang buat Abah TERDIAM dan buat mak MENANGIS KECEWA......i hate thats.....ingatkan duit gaji bolehlah buat belanja raya tapi?????????????

Jahat sangat ke umi?????
ada aku kesah?

2 comments:

zura_habib said...

x ptt tul...kesian ur parent

Bicara hati ibu aisya said...

Memang xpatut.Kesian orang-orang tua yang sanggup korbankan masa rehat mereka demi nak tolong adik beradik.At least biarlah berpatutan hasil yang mereka dapat dengan keringat yang mereka dah taburkan.Ishh..saya yang membaca ni pun geram!