Followers


glitter-graphics.com

Monday, November 12, 2012

suka duka kehidupan

Akhir-akhir ni mood ber-blog memang terbang menjauh. dah berhabuk dengan semak samun bagai. tapi selalu jenggah blog kawan, sendiri punya je tak ber up date. emmmmmm

just nak story kat sini benda-benda yang terjadi dalam life kami, (ceh bunyi cam penting je kan)

- Aiz sekarang membesar dengan sihat, cuma makan nasi tu kurang sikitlah kat rumah. tapi bila kat rumah ibu dia siap bertambah-tambah bagai. yelah ada kawan, saing-saing lah sapa makan banyak kan. kan rumah dia sorang je, memang manja jelah. mulut still ber pot-pet pot pet je kejenya. ada sahaja benda dia nak tanya and jawab. so dia dah jadi best friend umi kat umah, bila tinggal berdua aiz lah teman umi masak, tolong umi sapu lantai, hilangkan bosan umi, semuanya dengan aiz lah katanya.

-sabtu lepas kami bawa aiz pergi tengok karnival upin ipin, nanti upload story okey. coz tak bawa pula copy gambar.

- umi masih mencari kerja tetap, dengar cerita kontrak sampai bulan 12 ni je, emmm banyak dah hantar resume kat macam-macam tempat tapi panggil pun idak. misi mencari masih diteruskan. hihihi. sesape ade keje kosong, bak mai satu !!!! hihihihi

- sekarang kan tengah giat nak cari keje, nak tingkatkan sikit kerjaya and sumber berpendapatan. lepas tu baru boleh fikir fasal bagi aiz adik. hihi.. umi teringin nak baby girl pulak. yelah bila tengok baju baby girl sume cantek2 kan. so niat tu kena hold dulu coz kena cari keje tetap dulu. biar semua selesa dan tak da pening-pening bila tak cukup duit.

p/s : tah hape merepek aku ni...

No comments: