Followers


glitter-graphics.com

Wednesday, February 9, 2011

emosi terganggu

emosi terganggu sejak semalam,sebab tu tak up date lagi pasal aiz, family, bila malam macam-macam idea keluar nak up date blog, nak tepek gambar2 aiz tapi bila sampai opis terus blogwalking blog ibu-ibu. dan terjumpa beberapa blog yang sangat menyentuh perasaan ku..sungguh !! bagaimana mereka mengharungi nya?? aku sendiri tidak dapat bayangkan kalau aku di tempat mereka. kehilangan anak tersayang adalah sesuatu yang amat sukar di lalui, lagi-lagi dengan usia masih bayi. belum sempat kenal sepenuhnya siapa ibu dan ayah nya. mengalami penyakit yang sebegitu ketika usia kecik adalah satu penderitaan.

berjurai-jurai air mata ini membaca saat-saat manis mereka bersama si kecil dan bagaimana mereka merelakan pemergian si kecil di pangkuan sendiri. Allah !! aku tidak berdaya melalui perasaan itu, sungguh, melihat aidil fariz menangis kerana celahan punggungnye melecet saja telah buat aku menangis inikan terjadi seperti mereka ini. aku belum cukup kuat untuk mengharungi semua itu.

moga ibu dan ayah yang aku jengok tadi dan sesiapa saja yang mengalami penderitaan anak mereka aku doakan kalian akan tabah, tenang dan kembali bersemangat walaupun tanpa tersayang ataupun bersama si kecil yang tidak berupaya itu. ku panjat doa ke illahi moga arwah Alanna Qish, Mia dan Ewan  tenang dan menjadi bidadari syurga yang dikasihi di sisiMu...dan anak-anak yang masih kuatkan semangat, masih kuat menahan sakit tu, moga kalian sentiasa di panjangkan umur. kalian adalah permata yang tidak ternilai, hadirmu membawa sinar sayang...

al-fatihah..

2 comments:

Zatil said...

True...akak pun mengalir air mata baca..Al-fatihah utk Qish..

Fysa Ismail said...

tau xpe kak,...amin..