Followers


glitter-graphics.com

Tuesday, December 14, 2010

aqiqah untuk aiz

Pengertian Aqiqah
Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
Hukum Aqiqah
  • <!--[if !supportLists]-->Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.<!--[endif]-->
  • Anak lelaki disunatkan dua ekor kambing dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Sementara seekor lembu atau unta dibahagikan kepada 7 bahagian, dua bahagian bagi seorang anak lelaki dan satu bahagian bagi seorang anak perempuan.
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->
Waktu Disunatkan
  • Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Syarat Sah Aqiqah
  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Perkara Sunat Semasa Aqiqah
  • <!--[if !supportLists]-->Berdoa semasa hendak menyembelih.<!--[endif]-->
  • <!--[if !supportLists]-->Menyembelih ketika matahari sedang naik.<!--[endif]-->
  • <!--[if !supportLists]-->Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekah dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan dimasak terlebih dahulu. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.<!--[endif]-->
  • <!--[if !supportLists]-->Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.<!--[endif]-->
  • <!--[if !supportLists]--> Memasak daging aqiqah dengan cara lemak manis dan tidak pedas untuk dihidangkan kepada tetamu. <!--[endif]-->
  • Sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->
Hikmah Aqiqah
  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • Membiasakan berkorban bagi orang tua
kenduri aqiqah aiz belum buat lagi.umi dengan papa belum cukup duit.nanti ye sayang. insyallah awal tahun depan umi buat untuk aiz ye...

No comments: