Followers


glitter-graphics.com

Tuesday, April 28, 2015

Adelia Farisha turns 1 1 Mei 2015

Assalammualaikum,
sudah sekian lama tak up date blog..
sejak lahirkan anak kedua kemalasan tu meninggi plak,
leka melayan dan melihat keletah anak anak,
 
 
hari ni tergerak pula hati menaip kembali,
hampir setahun sudah berlalu,
kalau setahun yang lalu
kisah pengalaman mengadung itu aku curahkan disini,
kali ini aku coretkan sedikit kisah membesarnya...
 
 
Jumaat ini 1 Mei 2015
genaplah usia anak dara ku SETAHUN,
Allah cepatnya masa berlalu,
kalau dulu sibuk dengan check up kandungan
namum kini, nak check up untuk setahun sudah...
 
Adelia sekarang, Alhamdulillah membesar dengan sihat,
anak kecil yang periang, peramah dan
sangat suka menyakat abang aiz nya...
anak ini mungkin juga petah bercakap dahulu sebelum berjalan...
ada saja yang hendak dibebelkan,
tidak mahu mengalah kalau merebut barang,
ah, sungguh aku rasa bahagia melihat keletah anak anak 
 
Insyallah sabtu ni, aku buat sedikit  jamuan untuk ulang tahun kelahiran
Nur Adelia farisha
nanti aku ceritakan disini apa yang aku buat dan raikan...
tiada yang ternilai selain anak anak
 
nah share sikit gambar si kecil saya tu....
 


Wednesday, October 1, 2014

Nur Adelia Farisha Binti Md Najib

Hello !! hye rakan blogger semua... lama sangat kan aku menyepi. hihi... hampir 5 bulan jugaklah tak up date blog. Alhamdulillah aku selamat bersalin dan melahirkan seorang puteri pada 1/5/2014 5.59pagi di HUKM Cheras....
sebenarnya panjang sangat nak cerita tapi nanti dulu. bagi aku karang panjang2 skit.. hari ni nak kenalkan baby dengan korang dulu...
nick name : Adel or Delia

Thursday, April 24, 2014

34weeks baby breech / songsang and try buat ECV (( External Cephalic Version)

Selamat pagi mommies !!!! time tengah menaip ni aku masih aktif berkerja dengan bawa baby lam perut ni with 37weeks 3days... hihihi..tapi perut tak besar mana pun, kecik je. sebab tu masih larat jalan pagi2 dari LRT Jamek ke Bukit Aman ni. Hopefully semua okey sampai aku selamat melahirkan. doa-doa kan lah ye :-)


Aku nak share sikit, masa kandungan 34 minggu, scan baby dalam keadaan songsang. kepala kat atas and kaki and punggung kat bawah. sepatutnya baby dah arah kebawah kepalanya start 28-32 minggu and akan kekal until lahir. Masa aku check up 28w tu memang dah ke bawahlah , lepas tu baby suke pulak pusing-pusingkan. sampai masa scan tu. So doctor decide tengok dalam masa 2 minggu lagi tengok dia nak pusing sendiri tak. Tunggu punya tunggu, dengan aku cuba beberapa tips biar dia pusing bawah tak berjaya juga, scan time 36w dia still kepala kat tulang rusuk kanan. So doctor suruh aku buat pilihan untuk cuba proses ECV atau pilih operate je untuk bersalin. Bila bincang2 doc cakap baby aku kecik, and agak senang nak pusingkan dia dan harapan dalam70% macam tu. Risiko? adalah macam kalau tali pusat terbelit, baby lemas and etc. Tapi jangan risau coz die kan pantau dengan scan. So setiap kali dia pusing dia akan scan every minutes. Kalau baby lemas dia akan emergency operate je, baby pun dah matangkan 9bulan. So dengan cofindent nye aku pilih lah ECV ni.

Bila Doc Raihan tu mintak tarikh untuk minggu depan nya, pakar atasan tak bagi, dia suruh buat esoknya jugak. Pendek kan cerita, datanglah aku menyerah diri pada 16.4.2014 tu, padahal semalam habis research dah fasal ECV. Ada yang cakap HOKEYYYY sangat, ada yang cakap sakit sampai tak nak buat dah. Tapi aku cubalah jugakkan. Masa sampai tengah ada patien lain tengah buat. Lepas sejam baru dia keluar dengan muka yang tenang seperti tak de apa2. Aku dapat semangat kat situ sikit. oh ye, kita di wajibkan berpuasa dari 2pagi malam sebelum nya tu, nanti muntah plak kan bila perut tu ditekan2...

Mulanya, Nurse pasang mesin CTG tu kat perut untuk cek jantung baby okey tak dalam 20minit gitu...then masuklah 2 orang doc pakar perempuan. Doc Raihan and sorang kawan dia ni, sebelum dia pusingkan baby, dia cucuk kan tangan aku untuk masukkan ubat. Ada 2 jenis ubat, 1 untuk kurangkan rasa sakit katenya. dan lagi 1 aku tak pasti fungsi ubat tu tapi doc cakap jantung aku akan debar2 lepas 5minit. Motif???? tah le....

Lepas tu dia tepek kan gel, ala gel yang guna time scan tu. lepas dia rasalah kepala baby kat mana and cuba pusingkan ke bawah. Pusing sikit scan sikit.. pusing lagi scan lagi.. lebih kurang 10minit macam tu dia cuba pusingkan. Sakit tak????????????? tidaklah sesakit yang aku bayangkan tu. sakit macam kena urut tu kan? tak delah sampai badan mengigil macam aku baca kat blog tu. Proses dia macam urut biasa tu, tangan doc akan pegang kepala and kaki die bagi pusing. Then die scan, YEAAAHHHHHH berjaya!!!! dengan gembira doc tu jerit.. kecoh jugaklah kan aku tengok 2 sekawan tu. Time die scan tu, die tunjuklah kat aku mana kepala, kaki semua. and Alhamdulillah baby dah berada kat kedudukan sepatutnya...



Lebih kurang macam nila, then pasang CTG balik tengok jantung baby okey tak.. lebih kurang setengah jam macam tu sebab graf tak cantik baby tido. hihi aku rasa baby lapar kot sebab dari malam tadi dah puasa, sarapan pagi tak de and time tu dah pukul 1 tgh hari..emmmm lepas doc dah puas hati dibenarkan balik and akan jumpa balik seminggu untuk tengok baby duk diam kat bawah atau degil jugak nak duk atas. On that time baru boleh tahu bersalin normal atau czer.

So selasa 22.4.2014 opp aku dengan doc, bila doc pegang tengok yeaahhh kepala baby kat bawah dah and sudah engaged pun. kira dah masuk laluan and sedia tuk lahir... HOreeeyyyyyyy. So proses ECV aku BERJAYA !!!


Okey, komen aku pasal proses ECV ni, sangat di sarankan buat bagi yang tiada masalah. Doc tak kan suggest kalau ada risiko kat kita. dia akan tengok saiz baby and keadaan ibu sendiri. So kita boleh dah bersalin normal...itu pendapat aku lah okey.. emm tak de sakit pun !!!

Monday, March 17, 2014

Result Ujian MGTT at Day Care HUKM

Happy Monday korang !!! hari ni tak monday blues sangat.. semangat je.. kenapa tah ! hihi mood okey pun nak komplen jugak aku ni kan?

untuk ambil result ni, kena pergi bahagian DAY CARE HUKM (4/3/2014) ... kira bukan doctor biasa kita check up tu lah..okey result ujian MGTT / minum air gula aku HOKEEEYYYY sangat.. kira tak ada penyakit kencing manis waktu hamil ni. Alhamdulillah..aku tak tahu berapa bacaan dia, tapi as long doktor cakap okey sudahlah kan...tapi result darah pulak yang tak okey. makin turun jadinya hb darah aku. kalau sebelum ni 9.3 la ni turun jadi 8.5 pulak... hameeekkkk kau !!

Patutlah aku cepat rasa pitam and penat, darah cair rupanya. doktor syak aku ade sakit TALASEMIA, ikutkan family tak de penyakit tu. so doktor suruh aku makan ubat IBERET FOLIC / tambah darah / zat besi .. sebab bahaya katanya kalau darah rendah ni, takot effect kat baby. macam2 boleh jadi. Korang boleh google lah ek pasal effect dia tu... Cuma yang aku tak suka masa doktor tu terangkan, cara dia macam aku ni dah tahap risiko.. siap cakap kena masuk darahlah sebelum bersalin kalau lepas 2 minggu hb tak naik... cehhh....

Dapatlah aku ubat ni....

bapak punya besar ubat ni
 
 
Doktor bekalkan untuk sebulan, tapi 2 minggu datang balik tengok ada kenaikan ke x. Esok 18/3/2014 aku kena ke Day Care lagi nak tengok result darah pulak..huhuhu.. risau wehhh.. tapi rasanya sangat berkesan dah and ada perubahan. Bila kita makan ubat ni secara kosisten, serta merta bila kita  buang air kecing akan jadi warna kekuningan yang agak pekat dan kalau buang air besar pulak, najis tu jadi warna hitam pekat..Opsss sori kalau aku tulis jujur sangat..So aku ada tanda semua tu, tak risau sangat dah. cuma kadang adalah makan kerang, sayur bayam, jambu batu tanpa asam untuk pekatkan lagi darah ni kan.. tetap usaha yang terbaik biar baby umi ni sihat...
 
 
Okey doakan result aku baik-baik saja ek esok... nanti aku story lagi.
 
 
****tips makan ubat ni 2 jam SELEPAS makan malam, kira makanan dah hadam baru makan, baru berkesan. and kita tak delah rasa pening / pitam / loya.. Kebanyakan orang ambil SEBELUM makan, waktu subuh macam tu, dan mesti akan muntah dan rasa nak pitam. Alhamdulillah aku dipermudahkan walaupun sebenarnya aku x reti telan ubat pil ni ****


Thursday, March 13, 2014

Minum air gula a.k.a ujian MGTT

Okey, macam yang aku cakapkan dalam entry sebelum ni, aku kena minum air gula untuk tahu ade ke tak penyakit manis bagi ibu mengandung. berat badan aku tak delah naik mendadak sangat sampai deorang suruh aku buat ujian ni. ini disebabkan aku mention yang mak aku ada penyakit tu. so secara tak langsung kalau family yang ada kencing manis, ibu mengandung memang kena buat ujian ni.
 
 
ujian ni aku buat pada 28 / 2 lepas. hari jumaat, so start malam khamis aku dah disuruh puasa start jam 12 tgh malam. dekat borang tu akan ada arahan apa yang perlu korang buat. so pagi jumaat tu aku datang awal sikit. sebab nurse dari makmal C HUKM tu cakap darah tak kan diambil selepas jam 9 pagi... around pukul 8 aku dah ada kat pintu klinik O&G tu, pintu pun belum buka lagi hokeyyy.. tapi ramai jugaklah yang beraturkan. So perasaan nebess aku tu berkuranglah jugak, ingat aku sorang je kena minum.. nasib ramai.. hihihi..
 
 
bilik sampai je kat makmal c tu, nama akan dipanggil ikut susunan borang yang kita letak tu, aku adalah orang ke 7 or 8 macam tulah. xdelah lama sangat... masa tengah tunggu nama dipanggil, sempat jugalah aku curi pandang akak-akak yang minum air gula tu, minum dalam bilik tu jugak, dan akan diperhatikan oleh nurse atau pelatih kat situ.. xdan nak ngelat aku cakap. Nasiblah aku tengok gelas yang diguna kecik je, ala macam cawan jagung kita beli kat pasar malam tu. muka akak-akak yang minum dulu dari aku tu, macam2 pesyen..ade yg cool je, sekali teguk..ade tu senget benget menahan kemanisan and rasa mual...ohhh aku mula cuak kembali...
contoh okey..jangan hengat ade jagung pulak die bagi..
kecik je kan?? i likeeee

bila tiba giliran aku, darah pertama / darah orang berpuasa lah senang cite, diambil di lengan kanan, dalam 3 tabung uji kecik jugaklah deorang ambil sampel. lepas tu nurse terus suruh minum air gula, dah habis sila tunjuk cawan kosong tu dekat dia ye sebelum buang...


okey, cam nilah kaler air gula aku...
 

okey, harapan aku air gula tu berperisa oren or blackcurrent ke kan, tapi hampeh... air gula pior ko... semata gula putih cam tu je.. okey dengan muka buat-buat selamber aku amek secawan dan duduk kat satu sudut khas.. Bissmisllah.... rasa sikit dulu, eh macam okey je??? lama-lama telah lah seteguk dua..3 dan empat...kemualan sudah sampai ke tekak.. last aku habiskan je terus and tunjuk kat nurse tu..dia bagi kertas nanti 1025 datang sini balik ye. coz aku habis minum air gula tu 825. 2 jam lepas tu kena datang amek darah balik tanpa makan dan minum ye. air kosong je dibenarkan. kena bawa air mineral sendiri. deorang memang tak sediakan...........

Apa aku buat 2jam menunggu tu? mula cadangnya nak baringkan surau, tapi bila tengah syok baring deorang nak vakum and bersihkan pulak.. last2 aku buka buku Pa&Ma baca je kat kerusi.. serius rasa pening dan  nak pitam tu ada bila kita berjalan.. thats y aku decide duduk je.. minum air kosong banyak biar rasa manis+pahit gula tu hilang kat tekak...

tepat 1025 aku datang balik kat makmal c tu, letak kertas yang dia bagi tadi, tunggu nama panggil untuk amek darah kali kedua pulak. darah lepas kita minum air gula... lepas tu dah boleh balik, coz result dia kalau HUKM ni dia akan bagi 3,4 hari lepas tu. so dia bagi aku tarikh 4/3 hari selasa depan untuk tahu result. kalau pegi kk dia akan col je rasanya..so aku mintaklah timeslip dan masuk opis je lepas tu.... nak tahu apa result aku?????????? tunggu next entry...

*lain diharap lain yang dapat*

*lain klinik lain cawan, ade kawan opis pakai mug kaca besar tu, ade pakai cawan kertas yang panjang tu.. syukur aku kecikkk je*

 
 
 
 
 


Wednesday, February 26, 2014

1st time check up di HUKM (28week)

Salam semua, semalam aku ke klinik O&G HUKM, memandangkan aku dah pun pergi daftar / booking pada 28.1.2014 hari tu maka hari ni adalah tarikh 1st opp aku dengan doktor di HUKM ni.. okey sebelum tu, meh aku share cara aku daftar/ booking tempoh hari.
 
Aku check up biasa kat klinik swasta, bila doktor tanya nanti nak bersalin kat mana, aku terus cakap HUKM. yelah 5minit je dari rumahkan. so doktor cakap kalau nak ke HUKM ke buat booking atau daftar pada usia kandungan 6-7 bulan. kalau dah nak beranak baru pegi agak payah sikit deorang nak terima, HUKM utamakan pesakit regular deorang  dahulu.
 
So lepas aku dapat surat reffer dari doktor swasta tu, aku pun pergilah untuk daftar hari berikutnya.tak lama pun, adalah 10minit je pun. sebab korang memang tak jumpa doktor atau buat test apa pun. letak je surat reffer dari klinik kita biasa checkp up tu, pastu tunggu nurse kat kaunter tu panggil nama. nanti dia tanyalah sikit2 details kita. macam aku ni mengandung anak ke dua, so dia banyak tanya yg first dulu macam manalah. and then die suruh pilih hari untuk checkp.. kalau selasa so hari selasa je next opp die bagi. macam aku lah tu. bila dah dapat tarikh, dia bagi borang daftar warna pink suruh lengkapkan and bawa masa 1st opp nanti sekali dengan surat GL kalau keje GOV. itu sahaja !!! kejap je pun...
 
 
 
and now........ tibalah tarikh opp aku.. 25/2/2014 jam 9 pagi. masa ni aku 28 mingu nak masuk 7 bulan macam tulah. aku sampai agak lewat sebab perut buat hal plak pagi2 tu.. hahah haru betul semalam. membebel laki aku sebat nanti dia lambat pegi keje. aku sampai HUKM lebih kurang 845 macam tu.. and of course lah hero hemsem tu teman, sibuk nak jumpa baby katenya.. okey umi bawakan aje janji abang tak nakalkan.
 
aku letak borang warna pink + surat reffer dari klinik hari tu + GL kat dalam bakul. lepas nama dipanggil nurse tu bagi num 8011  and suruh aku buat ujian air kencing, timbang berat and tekanan darah. and macam biasa berat aku tak naik sangat pun, 40.5kg je !!!! sadis... aku cukup risau sebab ramai orang cakap bila pegi cek dekat HOS mesti nurse or doktor akan bebel punya.. abang aiz tu pun sibuk nak timbang. ha amek anak aku 20kg.. separuh dah berat umi dia. tekanan darah ok semalam, tak ingat plak aku berapa, air kencing pun ok.
 
2nd step kena tunggu num dipanggil untuk scan di bilik 11. aku dapat masuk ke bilik scan tu pukul 10.30pagi macam tu. lame jugaklah kan tunggu. aiz lagi lah bosan, setiap kali num dipanggil dia ajak masuk, tak kiralah num sape pun...hahahahahha...result scan okey, baby dah 1.2kg..kepala kaki and perut semua okey and sihat cuma baby malu, tutup muka sebelah. kaki pun tutup *** dia... so umi tak dapat nak corfim baby girl ke boy untuk puaskan hati.. tak pelah janji baby sihatkan. malu dengan abanglah tu ye?? time ni aiz yang sibuk tanya macam2.. nak tengok muka babylah, kakilah apalah..nasib doktor tu melayan...excited betul abang katanya.. !!!!
 
then lastly baru boleh jumpa doktor, tu pun 2jam lebih jugak num aku di panggil. 1215 tengah hari, so doktor cakap semua okey, cuma dia agak pelik aku terlalu kurus. bila aku cakap lahir tak cukup bulan dulu baru dia faham. tapi dia bangga dengan aku sebab aiz lahir agak besar and cukup bulan padahal aku kuwusss je... hihihi...alhamdulillah rezeki aku dan aiz masa tu kan.
 
yang tak bestnya, doktor suruh datang jumaat  28.2.2014 ni untuk test darah and minum air gula. nak kena cuti lagi ke???? pastu selasa 4.3.2014 baru review result dekat day care... hohohoho  sape penah minum air gula??????????? uuuuwwwaaaa nanti muntah dia marah x?? aiz dulu xde plak kena minum air gula n amek darah bagai...sob sob sob...
 
 

Monday, January 27, 2014

25 Minggu perutku masih kecil

Salam readers,

Alhamdulillah aku sekarang sudah 25minggu mengandung. kira 6 bulan seminggu. tapi perut masih comel gitu... ramai cakap sebab aku kurus. tapi risau jugakkan, kalau baby kecik sangat pun bahaya. last week pergi check up dia cakap berat baby 600gram. sesuai dengan berat dan usia kandungan aku. betul ke?? entah lah.. risau sangat. biarlah baby 2kg ke atas. macam abang die dulu 2.84kg....

Alhamdulillah bila scan tu doc cakap kemungkinan baby girl !!! yeahhhhhhh.. dapat sepasang. Abang aiz pun siap lancar tau nama adik gegirl die ni..moga abang boleh tolong umi jaga adik nantikan. baby sekarang aktif juga bergerak dan menendang. selalunya die akan bergerak bila tak dengar suara abang aiz. kalau aiz tido ke, dia tendang-tendang, may be cari suara abang dia. adik kesayangan abang la ni kot nantikan...hihihi insyallah...

macam mana nak naikkan berat badan ye??/ + berat baby sekali. selera makan aku normal je, tidak macam ibu ibu ngandung lain yang ingin makan macam-macam. aku makan obimin yang doktor bekalkan.. tapi selera tetap biasa. oh risau sungguh !! kalau sape-sape ade tips share la ngan aku k..


p/s : esok aku akan pergi daftar ke HUKM untuk booking/ sambung check up di situ memandangkan aku akan bersalin di HUKM. nebes !!! kihkihkih...

Tuesday, January 7, 2014

Happy 4th birthday abang aiz


 
 
4 tahun yang lalu, tanggal 7 Januari 2010 lahirnya AiDiL FaRiZ pada jam 2.24ptg di Hospital Ampang dengan seberat 2.84kg secara normal. Alhamdulillah masa berlalu dengan pantas, membesar dengan bijak dan sihat depan mata umi dan papa, keletah dan manja yang sentiasa menghiburkan hati umi...
 
Buat abang aiz yang umi sayang, umi sentiasa doakan abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, membesar dengan bijak dan sihat. Umi sayang abang sangat-sangat. Insyallah nanti, abang juga boleh menjadi abang yang baik dan penyanyang kepada adik-adik kelak.
 
 
Nanti kita buat besday abang dekat kampung dengan atok and mak wan okey. abang nak kek JCB/traktor kan? nanti kita tempah ye sayang...
 
 
 
L.O.V.E

Monday, December 30, 2013

abang polis yang baik hati !!!

tajuk nak hottt jew, al-kisah nya macam ni,
pagi tadi masa umi on the way nak ke opis,
dari lrt masjid jamek ke opis atas bukit yang sangat aman tu,
umi jalan iku laluan yang samalah sejak 3 tahun yang lepas,
bila sampai kat trafik lite daya bumi / depan rumah wilayah tu..
dari jauh umi nampak sekumpulan manusia dah lepas melintas,
so maknanya, umi kena tunggulah next punya lampu hijau kan...

tapi ngam-ngam je umi sampai kat tiang lampu 3 kaler tu,
abang polis tu tiup wisel, and tanya umi dengan isyarat tangan,
mengandung ke???????
umi dengan malu nya, iyekanlah...
die pun suh picit button kat tiang tu biar lampu tu hijau
untuk pejalan kaki...
kihkihkih.....baik abang polis tu..
kalau yang lain tu, dirilah kat situ lelame,
15minit or lampu tu dah 3 kali hijau pun dia x bagi jalan jugak...
kadang hujan lebat pun die wat xtau je..
tapi hari ni, alhamdulillah rezeki baby dapat polis yang
agak prihatin and bertanggungjawab kan?????


hihihi tu je cite benonye....
excitedlahkan coz first time kita diutamakan selama hampir 4 tahun
keje kat situ...ni baru betul dengan slogan 'utamakan pejalan kaki' tu....

hihi moga abang polis tu, akan menjadi pekerja yang lebih
bertanggungjawab dan mesra rakyat !!!

Monday, December 23, 2013

Alhamdulillah.. 20 minggu / 5 bulan



:: Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ::

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ...

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن